If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Apakah yang terjadi selepas saya selesai memproses penggajian?

Selepas anda siap memproses penggajian, anda boleh mengakses slip gaji dan Laporan Ringkas Penggajian di bawah tab Payroll History.

1. Slip gaji akan serta-merta dihantar secara automatik selepas penggajian dihantar jika Email Employees Payslips ditanda di bawah Settings > Notifications. Jika ia tidak ditanda, anda boleh klik pada Send Payslips selepas anda menyelesaikan proses penggajian di bawah Payroll History > Send Payslips. Untuk maklumat lebih lanjut baca di sini: Bagaimanakah cara untuk saya menghantar slip gaji kepada pekerja?

2. Klik pada Download Payroll dan fail zip yang mengandungi butiran berikut akan dijana:

  • PCB txt. file: Anda boleh menggunakan fail berformat teks untuk membuat penyerahan secara online di e-Data PCB. Untuk maklumat lebih lanjut bagaimana untuk memuat naik fail ke dalam e-Data PCB, sila klik di sini.


  • EPF i-Akaun csv file: Fail perlu dimuat naik dahulu ke i-Akaun KWSP dan kemudian barulah anda boleh membuat pembayaran secara dalam talian. Klik di sini untuk maklumat lanjut tentang bagaimana memuat naik fail ke i-Akaun.


  • PDF Jadual Berbayar: Lihat secara keseluruhan jumlah bayaran yang akan dibayar kepada pekerja dan lain-lain.


  • PDF Ringkasan Penggajian & Fail Excel: Laporan ringkasan penggajian untuk gambaran keseluruhan sebarang pembayaran gaji.


  • PDF Slip Gaji: Semua slip gaji pekerja dengan mudah digabungkan menjadi satu fail pdf. Baca artikel ini sekiranya anda ingin memuat turun dan/atau menghantar slip gaji secara individu kepada pekerja anda.


  • PDF PCB-CP39: Borang CP39 adalah untuk rujukan syarikat. 


  • EIS.txt: Anda boleh muat naik fail ini ke Portal Bantuan Perkeso untuk penyerahan dan pambayaran caruman EIS. Untuk butiran lanjut dan cara alternatif untuk membayar EIS sila rujuk artikel bantuan kami.


  • Socso_Assist_Portal.txt: Anda boleh muat naik fail ini ke Portal Bantuan Perkeso untuk penyerahan dan pambayaran caruman EIS. Untuk butiran lanjut dan cara alternatif untuk membayar EIS sila rujuk artikel bantuan kami.


  • Fail Bank: Fail bank yang boleh dimuat naik secara dalam talian untuk pembayaran automatik kepada pekerja secara pukal dan badan statutori. Baca artikel bantuan ini untuk mengetahui lebih lanjut mengenai bank yang berkenaan.


Anda sedang mencari sistem payroll? Jom tempah sesi demo bersama kami.


Was this article helpful?

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support