Terdapat lima cara yang membolehkan anda mengakses dan menghantar slip gaji pekerja anda.
1. Email kepada Pekerja
Anda boleh menghantar email berkaitan slip gaji secara terus daripada sistem PayrollPanda kepada pekerja di bawah rekod penggajian sebelum ini. Slip gaji akan dihantar dalam format PDF kepada pekerja anda. Pastikan alamat email setiap pekerja dimasukkan dengan betul ke dalam bahagian "Maklumat Peribadi" dalam rekod pekerja.
Payroll > Payroll History > Send Payslips
2. Menjemput pekerja menggunakan sistem PayrollPanda
Anda boleh memberi akses slip gaji kepada pekerja anda dengan menjemput mereka mengguna sistem ini. Ini juga boleh dilakukan melalui rekod pekerja.
Employees > Pilih pekerja > Send Welcome Email
3. Muat turun slip gaji secara pukal
Pilihan ketiga adalah untuk memuat turun semua slip gaji pekerja anda dalam satu fail zip dan kemudian berikan mereka salinan.
Payroll > Payroll History > Download Payroll
4. Muat turun slip gaji individu
Majikan juga boleh memuat turun slip gaji setiap individu daripada rekod setiap pekerja.
Employees > Pilih pekerja > Previous Payslips > Download
5. Slip gaji dihantar secara automatik
Anda boleh memilih untuk menghantar slip gaji secara automatik selepas payroll dijalankan.
Settings > Notifications > Email Employees Payslips > Tandakan > Save Changes
Artikel bantuan ini disusun untuk app.payrollpanda.my versi 0.7.7