Bagaimanakah cara untuk menghantar fail teks PCB melalui e-Data PCB?

Anda boleh memuat naik fail teks PCB yang dijana oleh PayrollPanda melalui laman web e-Data PCB untuk penyerahan dan pembayaran potongan PCB pekerja anda. Jika ini adalah kali pertama anda log masuk ke portal, anda perlu mendaftar dengan klik pada Login Kali Pertama.

Selepas log masuk ke akaun, pilih "Muat naik/Semak Fail Teks/Upload/Check Text File".

Klik Browse dan pilih fail teks PCB dari Fail Payroll yang dimuat turun dari PayrollPanda. Klik Hantar/Send selepas memuat naik fail teks PCB. Fail tersebut akan muncul dalam senarai fail yang dimuat naik seperti yang ditunjukkan dalam imej di bawah. Klik nama fail untuk mengesahkan fail teks.

Setelah fail berjaya disahkan, anda boleh terus mengemas kini kaedah pembayaran dengan klik "Terus ke Maklumat Instrumen/Continue To Payment Method Information".

Kemas kini kaedah pembayaran dengan memasukkan maklumat ke dalam ruang di bawah. jika anda membuat pembayaran melalui FPX, anda hanya perlu mengisi di ruangan Amaun dan pilih Cara Bayaran. Klik pada Hantar untuk menyimpan maklumat tersebut dan klik Pengesahan untuk memproses maklumat pembayaran.

Sebaik sahaja maklumat berjaya dihantar, anda akan menerima nombor slip pengesahan dan bukti penyerahan.

Untuk arahan yang lebih terperinci, anda juga boleh merujuk kepada Manual untuk e-Data PCB.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara membayar PCB menggunakan kaedah lain, anda boleh merujuk kepada Artikel Bantuan kami.


Was this article helpful?

Download The Free Guide