Call us at +60 3 2787 9168

Portal Bantuan Perkeso adalah portal yang membolehkan majikan menguruskan butiran syarikat, maklumat sumbangan bulanan dan pekerja untuk Perkeso dan SIP.

Jika anda sedang menggunakan iPERKESO, anda boleh terus menggunakannya sehingga notis selanjutnya dikeluarkan.

Untuk mendaftar dengan Portal Bantuan, anda perlu memuat turun Assist Portal Enrollment Form atau emel ke idportal@perkeso.gov.my atau bawa ke cawangan Perkeso. Klik di sini untuk mencari lokasi Perkeso berhampiran anda.

Pejabat cawangan Perkeso akan memproses borang anda dan menjana akaun pengguna peribadi anda. Selepas itu, anda akan menerima nama pengguna dan kata laluan sementara melalui emel. Setelah log masuk, anda akan diminta menukar kata laluan anda.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh menghubungi kami melalui bantuan sembang atau di admin@payrollpanda.my. Anda boleh hubungi pihak PERKESO di perkeso@perkeso.gov.my.

Anda sedang mencari sistem payroll? Jom tempah sesi demo bersama kami.

FAQs

Soalan-soalan lazim...

Portal Bantuan PERKESO berfungsi sebagai platform yang membolehkan majikan mengemukakan dan membayar sumbangan PERKESO dan SIP, serta mengakses rekod sumbangan yang lepas.

Majikan boleh mendaftar dengan Portal Bantuan PERKESO (PERKESO Assist Portal) dengan memuat turun Assist Portal Enrollment Form, mengemel ke idportal@perkeso.gov.my, atau membawa borang tersebut ke cawangan PERKESO. 

Selepas pemprosesan, cawangan PERKESO akan menjana akaun pengguna peribadi, dan majikan akan menerima nama pengguna dan kata laluan sementara mereka melalui e-mel.

Try us now and run your first payroll for FREE

No Obligations or Credit Card Details Required

Get started

Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.