If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Bagaimana saya ingin mendaftar sebagai majikan?

Sebagai majikan - sama ada syarikat, pemilik tunggal, perkongsian, persatuan atau lain-lain - anda harus mendaftar dengan KWSP, PERKESO, LHDN dan - HRDF untuk majikan yang mempunyai sekurang-kurangnya 10 orang pekerja tempatan.


KWSP

Menurut Seksyen 41(1) Akta KWSP 1991, majikan perlu mendaftar dengan KWSP dalam tempoh 7 hari dari tarikh majikan mula bertanggungjawab mencarum, iaitu sebaik sahaja seseorang pekerja diambil bekerja untuknya. Majikan yang berdaftar dengan SSM boleh memohon secara dalam talian.

Berikut adalah dokumen-dokumen yang perlu dihantar ke kaunter KWSP:

Untuk syarikat

  1. Salinan Borang 9 SSM

  2. Salinan Borang 49 SSM

  3. Kad pengenalan salah seorang pengarah

  4. Borang  1 KWSP (ditandatangani dan disetem)

Untuk perniagaan milikan tunggal /perkongsian

  1. Pasport/Kad pengenalan pengarah

  2. Salinan Borang D SSM

  3. Borang KWSP 1 (ditandatangani)


PERKESO

Majikan dikehendaki mendaftar dengan PERKESO dalam tempoh 30 hari dari hari mereka mula menggaji pekerja. Anda harus terlebih dahulu mendaftar akaun dengan Portal Bantuan PERKESO. Anda kemudiannya boleh mendaftar dengan PERKESO dengan mengisi borang-borang ini dalam portal dan memuat naik dokumen sokongan:

  1. Borang Pendaftaran Majikan (Borang 1)

  2. Borang Pendaftaran Pekerja (Borang 2)

  3. Borang sokongan yang lain berdasarkan Jenis Syarikat anda


LHDN

e-Daftar ialah aplikasi dalam talian yang tersedia untuk pembayar cukai baharu mendaftarkan fail cukai mereka dan menerima nombor rujukan cukai mereka. Mereka juga boleh mendaftar sebagai majikan melalui e-Daftar dan mendapatkan nombor E mereka. Untuk berbuat demikian, sila isikan butiran anda di Online (e-Daftar) yang mana ia boleh diakses daripadan MyTax dengan memilih Majikan sebagai Jenis Pembayar Cukai.

Untuk syarikat, sila masukkan nombor permohonan anda di Online (e-Daftar) yang boleh diakses daripada MyTax dan muat naik dokumen berikut:

  1. Salinan Borang 9 SSM

  2. Salinan Borang 49 SSM 

  3. Salinan Borang 13 SSM (jika nama syarikat telah ditukar)

Untuk perniagaan milikan tunggal /perkongsian, sila muat naik dokumen berikut di Online (e-Daftar) yang boleh diakses melalui MyTax dengan memilih Perkongsian sebagai Jenis Pendaftaran.

  1. Salinan akaun terkini yang telah diaudit (jika ada)

  2. Salinan Kad Pengenalan/Passport pemohon/rakan kongsi

  3. Salinan Borang D SSM/Lesen Perniagaan

  4. Salinan Borang A SSM /surat dari mahkamah/Borang 12/Borang K/Borang Q/ Surat MIA dan pelantikan sebagai agen percukaian

Permohonan e-Daftar akan terbatal sekiranya dokumen lengkap tidak diterima dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan.


HRDF

Seperti yang ditetapkan di bawah Peraturan 4(1) Akta PSMB 2001, majikan dikehendaki mendaftar dengan HRDF dari tarikh mereka bertanggungjawab. Dokumen berikut hendaklah dikemukakan melalui pendaftaran dalam talian atau di kaunter PSMB:

Untuk syarikat

  1. Salinan Borang 9 SSM

  2. Salinan Borang 24 SSM

  3. Salinan Borang  49 SSM

  4. Profil Syarikat/Pendapatan Tahunan/Penyata Kewangan atau sebarang dokumen yang menyatakan aktiviti syarikat

  5. Penyata KWSP

  6. Borang 1 HRDF dan borang 1a (pendaftaran kaunter)


Untuk perniagaan milikan tunggal

  1. Lesen perniagaan

  2. Penyata KWSP

  3. Borang 1 HRDF dan borang 1a (pendaftaran kaunter)

  4. Profil Syarikat/Pendapatan Tahunan/Penyata Kewangan atau sebarang dokumen yang menyatakan aktiviti syarikat terkini 


Untuk perniagaan perkongsian

  1. Salinan Borang D SSM

  2. Penyata KWSP

  3. Borang 1 HRDF dan Borang 1a (pendaftaran kaunter)

  4. Profil Syarikat/Pendapatan Tahunan/Penyata Kewangan atau sebarang dokumen yang menyatakan aktiviti syarikat terkini 

Sistem payroll kami membantu anda mengira caruman statutori dengan mudah. Tempah demo sekarang.


Was this article helpful?

Download The Free Guide