Bagaimanakah PCB dikira oleh PayrollPanda?

PayrollPanda mengira PCB berdasarkan formula yang telah digariskan oleh pihak LHDN. Pengiraan PCB di dalam sistem kami adalah mengikut garis panduan dan spesifikasi LHDN sepenuhnya. Kami memberi jaminan bahawa PayrollPanda telah diluluskan oleh LHDN.

Walaupun formula yang digunakan agak rumit, ringkasannya adalah seperti berikut:

  1. Pendapatan boleh dikenakan cukai = gaji terdahulu + (Item berulang dalam gaji bulanan + Item tidak berulang dalam gaji bulanan) + Item berulang daripada gaji bulanan * Bilangan bulan yang tinggal dalam tahun

  2. Pendapatan boleh dikenakan cukai - Potongan = Pendapatan bercukai

  3. Jumlah cukai tahunan kemudiannya dikira atas pendapatan bercukai (kadar cukai)

  4. PCB = (Jumlah cukai tahunan - PCB sudah dibayar) / Bilangan bulan yang tinggal

Rumusan ini membolehkan kami menjawab beberapa soalan yang sering ditanya, iaitu:

(Nota: dalam contoh berikut, potongan KWSP dan SOCSO/SIP diabaikan supaya contoh mudah difahami).


1. Mengapa saya perlu memasukkan data slip gaji terdahulu?

Rujuk langkah 1 pada formula, kita melihat bahawa maklumat slip gaji terdahulu termasuk dalam pengiraan pendapatan bercukai. Sekiranya anda tidak memasukkan maklumat gaji terdahulu anda maka sistem akan mengira PCB dengan salah. Kedua-dua maklumat penggajian semasa dan penyata gaji terdahulu bagi tahun semasa mesti dimasukkan untuk pengiraan PCB yang tepat. Sila rujuk artikel ini untuk mengetahui cara mengisi maklumat slip gaji terdahulu ini.

Contoh:

Nick telah bekerja di syarikatnya sejak awal 2022, dengan pendapatan RM 6,000 sebulan.

Pada bulan November 2022, syarikatnya beralih ke PayrollPanda tetapi pegawai penggajian tidak memasukkan maklumat slip gaji terdahulu, dan hanya memasukkan gaji sebanyak RM 6,000. Akibatnya, pada akhir bulan November, jumlah pendapatan tahunannya dianggarkan sebagai hanya RM 12,000 (di bawah PCB threshold) dan menyebabkan PCB dikira dengan salah sebagai RM 0. Walaupun PCB melebihi PCB threshold tanpa pendapatan terdahulu, PCB berkemungkinan kurang dibayar kerana semakin tinggi tahap pendapatan, semakin tinggi kadar cukai.


2. Mengapakah pekerja yang mempunyai pendapatan terdahulu dan semasa yang sama mempunyai pengiraan PCB yang berbeza?

Berdasarkan langkah 2, kita dapat melihat bahawa potongan peribadi diambil kira dalam pengiraan PCB dan potongan tersebut boleh berbeza-beza bergantung pada maklumat peribadi pekerja.

Contoh:

  • Amin masih bujang dan tidak mempunyai anak. Beliau memperoleh gaji RM 4,000 sebulan sejak awal tahun 2022.

  • Rayzal berkahwin dengan pasangan yang tidak bekerja, dan mempunyai dua orang anak. Beliau juga memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM 4,000 sejak awal tahun 2022.

Semasa memproses payroll, hanya PCB Amin akan muncul.

Pendapatan bercukai Amin akan dikira pada 12 * 4,000 - 9,000 (potongan peribadi) = RM 39,000 yang mana ia melebihi lingkungan yang dikenakan PCB. 

Manakala, pendapatan bercukai Rayzal akan dikira sebagai 12 * 4,000 - 9,000 (potongan peribadi) - 2,000 (potongan anak) - 2,000 (potongan anak) - 4,000 (potongan pasangan) = RM 31,000 yang mana ia berada bawah daripada lingkungan yang dikenakan PCB. 


3. Apakah perbezaan antara item berulang dan tidak berulang di dalam penggajian?

Daripada langkah 1, kita boleh melihat bahawa item berulang dimasukkan pada bulan hadapan untuk mengira pendapatan bercukai tahunan, sementara item tidak berulang (tambahan) dimasukkan hanya untuk bulan semasa. Akibatnya, PCB mungkin terkurang bayar sekiranya item bayaran bulanan ditambah sebagai bayaran tambahan dan bukannya bayaran secara berulang (baca rujuk artikel ini untuk mengetahui bila dan cara menambah item gaji sebagai berulang).

Contoh: Aiman memperoleh RM 4,000 sebulan dengan elaun kehadiran bulanan sebanyak RM 500.

Apabila sistem ini menganggarkan pendapatan tahunan Aiman (dengan anggapan gaji telah mula dibayar untuk bulan Januari) ia akan dikira seperti ini: (4,000 + 500) + (4,000 + 500) * 11 = RM 54,000.

Sebaliknya, jika elaun kehadiran tidak berulang, aplikasi ini akan menganggarkan pendapatan tahunan seperti ini: (4,000 + 500) + (4,000) * 11 = RM 48,500.


4. Mengapa PCB saya lebih tinggi sekiranya saya terkurang bayar PCB pada bulan-bulan sebelum ini?

Melihat pada langkah 4 pada formula diatas, jika PCB sebelum ini terkurang bayar, PCB akan dinaikkan untuk bulan semasa dan bulan-bulan akan datang dalam tahun tersebut.

Contoh:

Jika cukai tahunan adalah RM1,200, PCB pada bulan Januari akan dikira berdasarkan 1,200 / 12 = RM100.

Pada payroll Februari, PCB dikira berdasarkan (1,200-100) / 11 = RM100. Tetapi katakan kita terkurang bayar PCB pada bulan Januari dan hanya bayar RM67, PCB Februari akan dikira berdasarkan (1,200 - 67) / 11 = RM 103. 

Sebaliknya, jika PCB bulan sebelum ini terlebih bayar, maka PCB akan dikurangkan untuk bulan semasa dan bulan-bulan akan datang dalam tahun tersebut.


Sistem payroll kami membantu anda mengira caruman statutori dengan mudah. Tempah demo sekarang.

Was this article helpful?

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support