If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Bagaimanakah cara untuk saya memasukkan maklumat slip gaji terdahulu?


Current Employment Payslip Information Form

Sekiranya ini adalah penggajian pertama anda bersama PayrollPanda, anda perlu memasukkan maklumat gaji terdahulu pekerja bagi tahun semasa di ruangan Current Employment Payslip Information Form. Anda perlu pastikan maklumat gaji terdahulu dimasukkan ke dalam sistem bagi tujuan pengiraan PCB dan penjanaan borang E/EA yang tepat. 

Anda boleh memuat naik maklumat gaji terdahulu secara pukal atau memasukkan maklumat mereka secara individu. 


Previous Employment Payslip Information Form

Sekiranya pekerja anda menyertai syarikat dalam tahun semasa, ia adalah syarat LHDN untuk majikan mendapatkan borang TP3 daripada pekerja tersebut. Borang itu menyatakan maklumat gaji pekerjaan yang diterima, potongan yang telah dituntut dan caruman yang  telah dibayar, semasa dia bekerja dengan majikan lamanya di dalam tahun semasa.

Maklumat TP3 yang diberi perlu dimasukkan di ruangan Previous Employment Payslip Information Form. Anda harus mengemaskini maklumat terdahulu mereka sebelum menjalankan penggajian yang pertama bagi pekerja yang berkenaan untuk memastikan pengiraan PCB yang tepat. Sila rujuk artikel mengenai cara mengisi Borang Maklumat Slip Gaji Pekerjaan Terdahulu berdasarkan maklumat TP3 untuk maklumat lanjut.


Employees > Pilih Nama Pekerja Previous Payslips > Previous Employment Payslip Information Form ATAU Current Employment Payslip Information Form

Anda sedang mencari sistem payroll? Jom tempah sesi demo bersama kami.


Artikel bantuan ini disusun untuk app.payrollpanda.my versi 0.8.21

Was this article helpful?

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support