Item penggajian dan tetapan yang betul dan biasa digunakan sudah dimasukkan ke dalam sistem (Tetapan Preset Item Penggajian). Jika anda mahu menambah item penggajian khas, ikuti langkah di bawah. Sila maklum bahawa anda hanya perlu menambah item penggajian khas sekali sahaja.
PENTING: Pastikan anda menanda kotak tetapan yang betul sebelum mengemas kini kerana setiap kesalahan akan menyebabkan pengiraan penggajian terjejas.
1. Settings > Payroll items > Add Additions ATAU Add Deductions
2. ‘Namakan dan edit item penggajian anda’ > Save
PENTING: Anda perlu menunjukkan bagaimana item di dalam penggajian memberi kesan kepada jumlah pendapatan kasar, pendapat keseluruhan, PCB, EPF dan Socso/PERKESO dan sebagainya. Jika anda perlukan sebarang bantuan sila hubungi talian bantuan kami.
Akhir sekali, pilih ruangan borang EA sebelum mengemas kini. Langkah ini sangat penting untuk memastikan amaun dalam penggajian yang mempunyai item khas telah dimasukkan ke dalam borang akhir tahun. Sila baca Bagaimana Untuk Memasukkan Item Penggajian Khas Dengan Betul Pada Borang Cukai Akhir Tahun (Form E/Ea)?
3. Klik Save Changes
Sebelum meninggalkan halaman Item Penggajian, pastikan anda kemas kini dengan menekan butang Save Changes. Item penggajian khas kini boleh dipilih daripada kategori yang relevan di bawah kategori penggajian bila-bila masa yang diperlukan.
Ingin tahu bagaimana anda boleh memproses payroll anda dalam masa 15 minit? Jom tempah sesi demo bersama kami sekarang!
Artikel bantuan ini disusun untuk app.payrollpanda.my versi 0.7.7