Bagaimanakah cara untuk memasukkan gaji pekerja yang dibayar mengikut jam atau harian?

1. Ubah Kekerapan Gaji/Upah

Di dalam sistem, gaji merujuk kepada bayaran bulanan kepada pekerja. Upah pula merujuk kepada bayaran kepada pekerja berdasarkan jam atau hari. Biasanya, kekerapan gaji/upah ditetapkan sebagai bulanan. Untuk mengubah kekerapan gaji, sila pergi ke Salary/Wages Frequency di bawah Employment Details pekerja tersebut dan ubah kekerapan gaji kepada jam atau hari.

Employees > Pilih pekerja > Employment Details > Salary/Wages Frequency


2. Tambah gaji jam/harian

Masukkan amaun yang dibayar setiap jam atau hari mengikut kontrak pekerja dan klik save changes. Ambil perhatian bahawa jumlah ini hanya kadar gaji pekerja tersebut. Jumlah jam bekerja sebenar perlu ditetapkan apabila majikan sedang memproses penggajian.

Salary/Wages Amount > Save Changes


3. Tambah Jumlah Waktu Bekerja Jam/Hari Bekerja

Ketika memproses gaji, anda perlu masukkan jam atau hari bekerja setiap pekerja pada bulan berkenaan mengikut rekod Unit berdasarkan Upah pekerja. Ambil perhatian bahawa bayaran lebih masa perlu ditambah sebagai item tambahan dalam penggajian pekerja.

Payroll > Run Payroll > Save & Go To Step 2 (atau Save for later)


Artikel bantuan ini disusun untuk app.payrollpanda.my versi 0.7.7

Was this article helpful?

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support