If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Bagaimanakah cara menambah kelayakan cuti untuk pekerja tertentu?

Setelah anda menetapkan kelayakan cuti untuk syarikat anda, anda boleh mengemaskini kelayakan cuti bagi segelintir pekerja jika mereka mempunyai kelayakan cuti yang berlainan daripada pekerja yang lain. 

Dalam profil pekerja, sila klik di tab Employment Details dan lihat pada ruang cuti pada halaman ini.

Layangkan tetikus anda pada kotak yang ada di ruangan Days Entitled. Anda akan mendapati kotak tersebut boleh diedit, tidak seperti Days Taken, yang dipautkan ke kalendar cuti dan tidak boleh diedit.

Dalam contoh yang ditunjukkan, 15 hari cuti tahunan yang layak diterima ditetapkan dalam setahun. Jadi, jika pekerja memohon cuti, kedua-dua pekerja dan majikan akan dimaklumkan jika cuti yang dimohon melebihi hari yang layak untuk dimohon (termasuk cuti yang telah diambil), cuti tersebut masih boleh dimohon dan diluluskan jika mahu atau pengurus boleh menolak permohonan cuti itu dan meminta pekerja memohon cuti tanpa gaji.


Ketahui lebih lanjut tentang sistem payroll kami.


Was this article helpful?

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support