Perbankan Internet
PayrollPanda menjana fail pembayaran pukal untuk bank-bank tertentu supaya anda boleh menyerahkan dan membayar caruman dengan mudah kepada badan berkanun. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk: Bagaimanakah cara menjana fail penggajian untuk bank?
Sekiranya anda telah memuat naik fail pembayaran sumbangan SIP anda melalui portal bank anda dan membayarnya, anda tidak lagi perlu memuatnaik fail pembayaran melalui Assist Portal. Sumbangan akan dikemas kini secara automatik dalam Assist Portal anda.
Portal Bantuan Perkeso
Sila tekan di sini untuk maklumat lanjut tentang cara mendaftar Portal Bantuan Perkeso.
1. Log masuk ke Portal Bantuan Perkeso di sini
2. Klik pada My Sites dan pilih EIS - Contribution untuk menjana ECR
3. Kemudian klik pada Employer Contribution dan pilih Add Contribution (Text File)
4. Klik pada TEXT FILE, pilih EIS.txt file dan terus muat naik. Sila maklum bahawa PayrollPanda akan menjana EIS.txt file selepas anda selesai membuat penggajian.
5. Apabila fail sudah dimuat naik, hantar fail. Anda boleh memilih untuk menyudahkan pembayaran melalui mana-mana pilihan di bawah.
PayrollPanda juga menghasilkan fail teks gabungan SOCSO + EIS yang diperkenalkan oleh PERKESO sejak Julai 2022. Fail tersebut boleh didapati dalam fail zip payroll yang telah anda muat turun selepas submit payroll anda, dan ia dinamakan mengikut format: SOCSO_EIS_082022.txt. Fail tersebut boleh untuk dimuat naik di Portal Assist bawah Contribution > SOCSO + EIS bukannya memuat naik fail teks SOCSO dan EIS secara berasingan.
Untuk keterangan lanjut tentang Portal Assist, anda boleh rujuk pada Manual Pengguna Portal Assist di sini.
Pilihan Pembayaran :
Pembayaran FPX secara langsung melalui Portal Bantuan Perkeso: Sila maklum bahawa untuk akaun perbankan runcit/peribadi (B2C), transaksi hanya boleh dilakukan jika jumlah minimum ialah RM1.00 sehingga maksimum RM30,000. Bagi akaun perbankan syarikat/korporat, transaksi minimum ialah RM2,000 sehingga maksimum RM1,000,000. Had transaksi bergantung kepada had Perbankan Internet Peribadi.
Transaksi Dana Elektronik (EFT): Sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan Perkeso di talian 1-300-22-8000 atau hantarkan emel di perkeso@perkeso.gov.my untuk maklumat lanjut.
Cek, Kiriman Wang atau Wang Pos: Anda boleh hantar cek, kiriman wang atau wang pos dengan amaun yang tertera dalam ECR. Sila pastikan cek, kiriman wang atau wang pos dibuat atas nama PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL atau PERKESO dan mempunyai maklumat yang tertulis di belakangnya: Nama, Kod Majikan, bulan dan tahun caruman.
Pembayaran melalui Kaunter Bank: Kini boleh dibuat di Maybank, RHB Bank dan Public Bank.