If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Fakta Ringkas Tentang PayrollPanda

1. Apa itu PayrollPanda?

Payroll Panda Sdn Bhd ialah sebuah syarikat yang beroperasi di Malaysia yang menyediakan sistem penyimpanan cloud HR berkelas dunia. Produk utama kami adalah PayrollPanda. Untuk maklumat lanjut, sila lihat halaman kami.

2. Apakah ciri PayrollPanda?

Ciri-ciri utama adalah berkaitan penggajian, pengurusan cuti, employee-self-service (ESS) dan perakam waktu. Untuk gambaran keseluruhan ciri-ciri dan fungsinya, sila lihat halaman utama.

3. Bagaimana untuk mendaftar?

Daftar melalui halaman pendaftaran dan anda akan menerima akses ke sistem serta-merta. Sebaik sahaja anda log masuk, anda perlu menetapkan operasi syarikat anda, kemudian anda boleh mula menjalankan payroll.

4. Adakah proses bertukar ke PayrollPanda sukar?

Proses kami direka mudah dan cepat. Jika anda mempunyai akses kepada semua data (syarikat, nombor statutori, pekerja dll), anda cuma perlu memasukkannya. Sudah tentu kumpulan sokongan pengguna kami sedia untuk membantu anda.

5. Adakah saya perlu memuat turun software untuk menggunakan PayrollPanda?

Tidak. Anda tidak perlu memuat turun sebarang software kerana sistem kami berasaskan penyimpanan data secara ‘cloud’ (internet) yang boleh diakses daripada sebarang komputer atau tablet.

6. Adakah data saya selamat?

Semua data adalah sulit dan kata laluan anda dilindungi SSL.

7. Di manakah data ini disimpan?

Data anda disimpan dengan selamat oleh syarikat infrastruktur ‘cloud’ yang terbaik di dunia, Amazon Web Services.

8. Apakah peranti yang sesuai diguna untuk PayrollPanda?

PayrollPanda boleh diakses melalui komputer dengan sambungan internet dan turut boleh digunakan dengan tablet moden terkini. Ia tidak sesuai untuk peranti dengan skrin kecil seperti telefon bimbit.

9. Berapa harganya?

Sistem ini percuma untuk pengurusan cuti. Jika anda menggunakannya untuk memproses penggajian, anda hanya akan dicaj selepas penggajian kedua kerana penggajian pertama adalah percuma. Bayaran bulanan sebanyak RM38 akan dicaj untuk setiap syarikat, termasuk bayaran sebanyak RM8 untuk setiap pekerja yang telah dimasukkan ke dalam payroll, ianya tidak termasuk caj SST. Sekiranya anda mempunyai lebih daripada 100 orang pekerja, sila hubungi kami untuk sebut harga khas. Jika anda membayar secara tahunan, anda akan menerima diskaun sebanyak 15%. Anda tidak memerlukan kad kredit untuk membuat pembayaran. Lihat juga Artikel Bantuan kami, Bagaimanakah invois PayrollPanda saya dikira? Jika anda menguruskan beberapa syarikat menggunakan satu login utama (MPP), sila rujuk fakta nombor 22.

10. Bagaimana cara pembayaran?

Anda diberi invois secara bulanan selepas anda membuat penggajian bagi bulan kedua. Kami menawarkan dua cara pembayaran, iaitu pembayaran di dalam talian melalui FPX atau pemindahan bank. Lihat juga Artikel Bantuan kami, Bagaimanakah cara untuk membayar invois?

11. Saya tidak biasa menggunakan sistem penggajian, bolehkah saya menggunakan platform ini?

Ya, kami membangunkan sistem yang mesra pengguna untuk anda yang perlu menggunakan sistem penggajian. Kami juga menyediakan halaman bantuan di mana anda boleh menemukan jawapan umum tentang sistem penggajian. Untuk sebarang soalan yang tidak dijawab di situ, anda boleh menghubungi pasukan sokongan pelanggan kami melalui ruangan sembang di sistem.

12. Bagaimana jika saya mahu menamatkan langganan?

Anda hanya perlu berhenti membuat penggajian dan anda tidak akan menerima sebarang invois. Anda boleh terus log masuk dan melihat gaji lama anda dan pekerja masih boleh log masuk untuk melihat slip gaji mereka serta memohon cuti. Sekiranya anda mahu memadamkan akaun anda, sila hubungi kami.

13. Bagaimanakah cara untuk menghubungi PayrollPanda?

Kami menjawab pertanyaan yang umum di Pusat Bantuan kami. Sebarang pertanyaan lain boleh diajukan kepada pihak Customer Support kami melalui chat dalam sistem. Anda juga boleh menghubungi kami melalui email di admin@payrollpanda.my atau dengan menghubungi +60 3 2787 9168 semasa waktu bekerja (Isnin - Jumaat).

14. Bolehkah PayrollPanda digunakan di luar Malaysia?

Buat masa ini kami cuma menyokong penggajian Malaysia.

15. Adakah pengurusan cuti turut disertakan?

Ya, ia adalah percuma.

16. Bolehkah saya mendapatkan demonstrasi PayrollPanda?

Kami berbesar hati untuk memberikan demonstrasi secara online. Sila klik di sini untuk menempah sesi anda atau hubungi kumpulan sokongan kami bagi demonstrasi tersebut.

17. Adakah latihan disediakan?

Bagi bakal pelanggan, kami menawarkan demo di atas talian di mana pihak Sales kami akan menerangkan lebih lanjut mengenai bagaimana produk kami dapat memudahkan proses penggajian anda. Bagi pelanggan sedia ada, pihak Customer Support kami sentiasa bersedia untuk membantu anda melalui chat, telefon atau e-mel. Anda boleh menempah slot demo di sini, atau kami boleh dihubungi di talian +603 2787 9168 atau emel kepada admin@payrollpanda.my.

18. Bagaimanakah sistem dikemaskini?

Memandangkan sistem ini diuruskan secara ‘cloud’, PayrollPanda dikemaskini secara automatik. Sebarang aktiviti muat turun tidak diperlukan. Kami akan melancarkan ciri baru yang dipertingkatkan setiap 1-2 minggu. Sebarang perubahan dalam bahagian kerajaan juga akan dikemaskini sebaik sahaja perubahan tersebut diluluskan sebagai undang-undang Malaysia.

19. Saya ada cadangan untuk menambah baik sistem ini, bagaimanakah saya dapat membantu?

Kami sentiasa berusaha untuk menjadikan sistem PayrolPanda lebih baik. Jika anda mempunyai sebarang maklum balas atau cadangan, kami sedia mendengar daripada anda. Emelkan cadangan anda kepada admin@payrollpanda.my

20. Bagaimanakah saya boleh bekerjasama dengan PayrollPanda?

Kami sedang aktif mencari rakan kongsi perniagaan, jadi anda boleh mendaftar dengan program rakan kongsi kami atau hubungi kami.

21. Adakah anda menawarkan yuran rujukan bagi pengguna baru?

Kami mempunyai program rujukan. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang perkara ini, sila hubungi kami di admin@payrollpanda.my.

22. Adakah PayrollPanda menawarkan servis pengurusan penggajian?

Kami menawarkan servis pengurusan penggajian yang sangat terhad kepada rakan kongsi . Sistem kami direka untuk memudahkan setiap perniagaan di Malaysia menguruskan sistem penggajian mereka sendiri. Jika anda berminat dengan servis pengurusan penggajian, kami sedia memperkenalkan anda kepada salah satu rakan kongsi kami.

23. Bolehkah saya mendapatkan diskaun jika saya mempunyai beberapa syarikat atau menguruskan penggajian pihak lain?

Jika anda mempunyai lebih daripada satu syarikat sebagai satu kumpulan, anda akan menerima harga istimewa. Hubungi kami melalui sokongan sembang atau email kami di admin@payrollpanda.my. Sekiranya anda menguruskan gaji klien anda, kami mempunyai program rakan kongsi perniagaan istimewa. Anda boleh mendaftar di sini jika ada pertanyaan mengenai program rakan kongsi dan salah seorang pengurus akaun kami akan berhubung dengan anda.

Was this article helpful?

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support