If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Bagaimanakah cara untuk menjemput pekerja anda menggunakan PayrollPanda?

Ada tiga cara utama untuk menjemput pekerja anda kepada akaun PayrollPanda.

Langkah Pertama: Hantar pautan jemputan.

Untuk log masuk, pekerja perlu dijemput terdahulu untuk mendaftar melalui pautan jemputan yang dihantar kepada emel mereka. Anda boleh memilih untuk menghantar “Welcome Email” di bawah Employee > Choose Employee > Personal Info (seperti imej di bawah)

Atau anda boleh menjemput mereka dengan pergi ke Dashboard dan klik Invite seperti yang ditunjukkan di bawah.

Langkah Kedua: Pekerja perlu klik pada pautan jemputan dalam tempoh 24 jam

Apabila pekerja menerima emel jemputan, mereka perlu klik pada butang Join yang akan membuka Borang daftar Pekerja pada pelayar.

Langkah Ketiga: Daftar

Borang tersebut akan mempunyai nama dan emel pekerja yang telah sedia diisi. Maklumat ini tidak boleh diubah. 

Setelah pekerja berjaya mendaftar, mereka dapat melihat butiran peribadi yang dimasukkan oleh majikan ke dalam sistem. Mereka juga mempunyai akses kepada slip gaji bagi semua penggajian yang telah anda jana melalui sistem.

Jika anda merupakan pekerja sebuah syarikat yang telah menggunakan PayrollPanda, hantarkan pautan artikel ini kepada Majikan atau HR/Admin supaya mereka boleh menjemput anda ke sistem dan anda boleh mendaftar sebagai pekerja.


Ingin mengetahui bagaimana anda boleh kendali payroll dengan mudah? Jom tempah sesi demo bersama kami sekarang!


Artikel ini disusun untuk app.payrollpanda.my versi 1.6.1

Was this article helpful?

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support