If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Bagaimanakah cara menjana fail penggajian untuk bank?

Nota: Pada masa ini kami menyokong fail pembayaran kelompok untuk CIMB Bank, Maybank, Hong Leong Bank, RHB Bank, Public Bank, OCBC Bank, AmBank, Alliance Bank, UOB Bank & HSBC Bank.

Artikel ini menerangkan langkah-langkah bagi menjana fail yang boleh anda muat naik kepada bank anda untuk memproses bayaran untuk pekerja dan badan berkanun (PCB/KWSP/PERKESO/SIP).

Menjana fail perlu dilakukan selepas proses penggajian dihantar, tetapi anda perlu memastikan 3 perkara ini terlebih dahulu:

A. Tambah Akaun Bank Syarikat Anda

Pergi ke Settings > Company Details > Bank Details dan klik Add Bank Account. Kemudian, pilih bank anda dan masukkan nama dan nombor akaun.

Bagi sesetengah bank, anda perlu memasukkan maklumat khusus yang diperlukan. Contohnya, jika anda menggunakan CIMB, anda perlu memasukkan kod organisasi. Sila lihat di bahagian bawah ini untuk senarai penuh bank yang kami sokong penjanaan fail bank serta maklumat khusus mereka yang diperlukan.


B. Masukkan Maklumat Khusus untuk Bank Anda

Ada sesetengah maklumat bersifat umum kepada semua bank dan ada sesetengah maklumat bersifat khusus kepada bank-bank tertentu. Buat masa ini, kami menyokong CIMB, Maybank2E, Hong Leong Bank, RHB, Public Bank dan OCBC Bank dan akan memasukkan beberapa bank lagi dalam beberapa bulan akan datang. Anda boleh lihat maklumat yang diperlukan untuk dimasukkan ke dalam PayrollPanda untuk menjana fail pembayaran kelompok di bawah.


C. Tambah Akaun Bank Pekerja Anda

1. Pergi ke Manage Employees.

2. Klik employee dan dari tab Personal Info lihat bahagian Bank

3. Klik Preferred Method of Payment  dibahagian bawah halaman tersebut.

4. Pilih Bank Transfer  untuk memastikan nama mereka termasuk di dalam fail bank penggajian.

5. Di ruangan Bank Details, sila tekan butang Add Bank Account.

6. Satu halaman akan muncul dan anda boleh memasukkan butiran akaun bank pekerja.


Gambar diatas adalah contoh maklumat yang diperlukan untuk dimasukkan ke dalam sistem PayrollPanda (cth. Preferred Method of Payment, Bank Details). 


D. Tambah Tarikh Kredit (Bagi Setiap Pembayaran)

Apabila proses payroll berada pada langkah 3, anda mungkin perlu memasukkan maklumat khusus untuk bank anda.

Dalam contoh di atas, bank CIMB dipilih sebagai akaun bank syarikat. Sekiranya Bank Bulk Payment Files ditandakan di Step 3 Run Payroll, oleh itu ruangan Tarikh Kredit (Crediting Date) akan muncul. Tarikh kredit ialah tarikh pembayaran akan ditolak daripada akaun anda.

Sebaik sahaja payroll dikemaskinikan, fail-fail bank akan dimasukkan ke dalam fail zip penggajian.

Contoh di bawah menunjukkan 4 fail yang dijana untuk contoh akaun bank CIMB. Fail-fail ini perlu dimuatnaik melalui laman web perbankan dalam talian supaya pembayaran kepada pekerja dan badan berkanun dapat dibuat.


Proses payroll kini lebih mudah bersama PayrollPanda. Hubungi kami untuk tempahan demo sekarang.


Artikel bantuan ini disusun untuk https://app.payrollpanda.my/ versi 0.59.0

Was this article helpful?

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support