If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Pembayaran gaji dan statutori melalui UOB Bank

Untuk menjana fail pembayaran melalui bank dan muat naik ke fail-fail tersebut ke dalam portal bank UOB, anda perlu menetapkan maklumat pembayaran di dalam kedua-dua sistem PayrollPanda dan portal bank UOB. Sila ikuti langkah-langkah berikut:


1. Tetapan di dalam sistem PayrollPanda 

  1. Pergi ke Settings > Company Details > Bank Details

  2. Tekan pada Add Bank Account, dan pilih United Overseas Bank (M) Bhd

  3. Masukkan maklumat yang diperlukan untuk Company IDAccount Holder's Name dan Account Number. 


Company ID adalah bersifat abjad angka dengan panjang maksimum 12 aksara dan disediakan oleh bank. 

Sebelum anda menjalankan payroll, sila pastikan anda telah mengemaskini maklumat bank pekerja. Anda boleh:

  1. Pergi ke Employees > pilih Pekerja > Personal Info
  2. Sila pilih "Bank Transfer" untuk medan Preferred Method of Payment
  3. Di Bank Details > klik Add Bank Account
  4. Masukkan maklumat bank pekerja di Bank Details


Tarikh Kredit (Crediting Date) diperlukan sebagai langkah terakhir untuk menetapkan butiran pembayaran dalam sistem. Pada Step 3 Run Payroll, anda perlu memilih tarikh pembayaran yang akan ditolak dari akaun bank anda. Oleh itu, tarikh pengkreditan tidak boleh ditetapkan pada tarikh yang telah berlalu.


Fail bank yang dihasilkan adalah seperti dalam contoh di bawah:


2. Tetapan di dalam portal bank UOB 

Baru-baru ini Bank UOB telah menaik taraf portal UOB BIBPlus kepada portal UOB Infinity. Anda kini boleh log masuk ke portal infiniti UOB menggunakan kelayakan UOB BIBplus semasa anda.


Bagi penyerahan kali pertama KWSP dan SOCSO melalui portal bank, anda dikehendaki memuat naik fail ujian terlebih dahulu untuk pengesahan sebelum pembayaran sebenar. Anda boleh menggunakan fail bank KWSP dan SOCSO yang sebenar yang telah dihasilkan oleh PayrollPanda untuk diserahkan sebagai fail ujian. Anda perlu memilih "EPF Payment Employee (Certification)" bagi KWSP dan "SOCSO Certification" bagi SOCSO semasa memuat nail fail ujian tersebut. Anda boleh meneruskan untuk memuat naik fail pembayaran sebenar apabila status fail telah bertukar kepada "Approved".


Sila rujuk halaman 20 untuk panduan berkenaan muat naik fail pukal: UOB Bulk Payments (How to Upload Bulk Files)


Jenis fail untuk dipilih adalah seperti yang ditunjukkan dalam imej di bawah:


Fail Payroll

Pay & Transfer > Bulk Transactions > Upload bulk Files

Jenis Fail: IBG Payroll with Payment Advice (Employee)

Nama fail untuk dimuat naik daripada PayrollPanda: UIEIDDMM01 


Fail KWSP

Pay & Transfer > Bulk Transactions > Upload bulk Files

Jenis Fail: EPF Payment (Employee)

Nama fail untuk dimuat naik daripada PayrollPanda: UEPIDDMM01 


Fail SOCSO

Services > Send to UOB > Send files to UOB

Jenis Fail: SOCSO Monthly Contribution

Nama fail untuk dimuat naik daripada PayrollPanda: USOIDDMM01 


Fail SIP

Services > Send to UOB > Send files to UOB

Jenis Fail: EIS Contribution

Nama fail untuk dimuat naik daripada PayrollPanda: USOIDDMM02 


Pada masa ini, pembayaran LHDN tidak tersedia dalam portal Infinity UOB. Untuk keterangan lanjut berkenaan portal Infinity UOB, sila rujuk panduan pengguna Infinity UOB yang disediakan.


Proses payroll kini lebih mudah bersama PayrollPanda. Hubungi kami untuk tempahan demo sekarang.

Was this article helpful?

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support