If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Pembayaran gaji dan statutori melalui bank OCBC

Untuk menjana fail pembayaran melalui bank dan muat naik ke fail-fail tersebut ke dalam portal bank OCBC, anda perlu menetapkan maklumat pembayaran di dalam kedua-dua sistem PayrollPanda dan portal bank OCBC. Sila ikuti langkah-langkah berikut:

1. Tetapan di dalam sistem PayrollPanda 

  1. Pergi ke Settings > Company Details > Bank Details

  2. Tekan pada Add Bank Account, dan pilih CIMB Bank Berhad

  3. Masukkan maklumat yang diperlukan untuk Account Holder's Name dan Account Number. 


Sebelum memproses payroll anda, sila pastikan maklumat akaun bank pekerja anda telah dimasukkan ke dalam sistem PayrollPanda: 

  1. Sila pergi ke Employees > pilih  Employee Personal Info

  2. Untuk medan Preferred Method of Payment, pilih “Bank Transfer

  3. Untuk medan Bank Details > tekan Add Bank Account

  4. Masukkan maklumat akaun bank pekerja di ruangan Bank Details


Tarikh Kredit (Crediting Date) diperlukan sebagai langkah terakhir untuk menetapkan butiran pembayaran dalam sistem. Pada Step 3 Run Payroll, anda perlu memilih tarikh pembayaran yang akan ditolak dari akaun bank anda. Oleh itu, tarikh pengkreditan tidak boleh ditetapkan pada tarikh yang telah berlalu.

 

2.  Tetapan di portal bank OCBC.


Pergi ke tab Transactions > Upload File > File Format.


Sila pilih yang berikut daripada menu bergantung pada jenis pembayaran anda:

  1. Salary payment - pilih GIRO Payroll Check ID (MY)

  2. SOCSO/EIS payment - pilih SOCSO Contribution Payment

  3. PCB payment - pilih LHDN monthly Tax Deduction (MTD)

  4. KWSP- pilih KWSP Payment (MY)

 

Untuk penyerahan kali pertama fail statutori, sila rujuk prosedur di bawah:

  1. Pastikan nombor rujukan statutori majikan diberikan kepada pihak bank untuk penyelenggaraan sebelum fail dimuat naik ke dalam Velocity. Sila hubungi bank anda dan mereka akan memberikan anda borang untuk mengisi nombor rujukan majikan statutori anda.

  2. Selepas pihak bank telah mengemaskini nombor rujukan majikan PERKESO, KWSP dan LHDN dalam sistem bank, anda boleh memuat naik fail Test yang telah dijana oleh PayrollPanda. Sila maklum bahawa fail Test hanya terpakai untuk KWSP dan PERKESO. Tiada fail Test diperlukan untuk LHDN dan anda boleh memuat naik fail PCB selepas nombor rujukan majikan LHDN dikemaskini di dalam sistem bank.

  3. Fail Test tersebut mesti diluluskan oleh authoriser Velocity untuk membolehkan pihak bank menghantar fail tersebut kepada badan statutori untuk mendapatkan kelulusan.

  4. Anda akan menerima maklum balas bersurat daripada badan statutori berkenaan dengan status fail Test anda dalam tempoh 7 ke 14 hari. Setelah menerima kelulusan, anda boleh teruskan memuat naik fail pembayaran ke dalam OCBC Velocity.


Untuk maklumat lanjut tentang OCBC Velocity, sila rujuk panduan pengguna OCBC

Proses payroll kini lebih mudah bersama PayrollPanda. Hubungi kami untuk tempahan demo sekarang.

Was this article helpful?

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support