If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Apakah pelepasan cukai yang boleh dituntut untuk anak-anak saya?

Potongan cukai tertentu disediakan untuk anak-anak di bawah tanggungan pekerja. Potongan itu mengurangkan pendapatan bercukai pekerja dan juga PCB mereka. Untuk tujuan cukai, "anak" ialah "anak sah atau anak tiri yang belum berkahwin atau anak angkat". Sila ambil perhatian bahawa tiada potongan boleh dituntut jika anak itu menerima pendapatan mereka sendiri dan jumlah pendapatan mereka (tidak termasuk biasiswa/geran) melebihi jumlah potongan yang dibenarkan.


Di bawah umur 18 tahun

  • Bagi setiap anak di bawah umur 18 tahun, anda dibenarkan menuntut RM2,000 setiap tahun.


18 tahun dan ke atas (bukan dalam pengajian tinggi)

  • Bagi setiap anak berumur 18 tahun dan ke atas yang menuntut di dalam pengajian sepenuh masa (A-level, tahun asas, dll) anda dibenarkan menuntut RM2,000 setiap tahun.


18 tahun dan ke atas (dalam pengajian tinggi)

  • Bagi setiap anak yang mengambil diploma atau lebih tinggi di Malaysia (tahun asas tidak dikira) anda boleh menuntut RM8,000.

  • Bagi setiap anak yang mengambil ijazah atau lebih tinggi di luar Malaysia, anda boleh menuntut RM8,000.

 

Kanak-Kanak Kelainan Upaya

  • Bagi setiap anak kelainan upaya, anda boleh menuntut RM6,000 setahun tanpa mengira usia.

  • Bagi setiap anak kurang upaya yang menuntut dalam pengajian tinggi, anda boleh menuntut RM14,000 setiap tahun.

 

Pasangan yang manakah sepatutnya menuntut untuk pelepasan cukai anak?

Jika pasangan tidak berpisah, seorang pasangan perlu menuntut 100% potongan cukai manakala pasangan yang lain tidak boleh menuntut (0%). Ibu bapa yang berpendapatan lebih tinggi adalah dinasihatkan untuk menuntut pelepasan anak bagi meminimumkan liabiliti cukai mereka. Pasangan yang tinggal bersama tidak boleh menuntut 50% setiap seorang. Jika suami isteri berpisah dan kedua-duanya membelanjakan nafkah anak, mereka dibenarkan menuntut 50% setiap seorang.


Baca lebih lanjut mengenai:


Ingin mengetahui bagaimana anda boleh kendali payroll dengan mudah? Jom tempah sesi demo bersama kami sekarang!

Was this article helpful?

Download The Free Guide