If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Berapakah kadar caruman KWSP?

Mengikut undang-undang KWSP, caruman haruslah dibayar untuk semua pekerja sehingga umur 75 tahun, tanpa umur minimum. Caruman pekerja ditolak daripada gaji mereka dan dibayar kepada KWSP bersama-sama caruman majikan. Walaupun kadar caruman biasanya dipaparkan mengikut peratusan gaji yang tertakluk kepada pembayaran KWSP, namun peratusan itu adalah anggaran dan amaun caruman sebenar harus berdasarkanJadual Caruman KWSP

Kadar caruman KWSP berbeza mengikut umur pekerja serta sama ada mereka warga Malaysia, warga asing atau pemastautin tetap. Berikut adalah kadar minimum caruman.


Pekerja berusia 60 tahun ke bawah

Bagi warganegara Malaysia dan individu pemastautin, dan bukan warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai ahli sebelum 1 Ogos 1998 (seksyen A, Jadual Caruman KWSP):

Gaji bulanan sebanyak RM 5,000 atau ke bawah:

  • Pekerja mencarum ~ 11% daripada gaji bulanan
  • Majikan mencarum ~ 13% daripada gaji pekerja


Gaji bulanan lebih daripada RM 5,000:

  • Pekerja mencarum ~ 11% daripada gaji bulanan
  • Majikan mencarum ~ 12% daripada gaji pekerja

Bagi individu bukan warganegara Malaysia berdaftar sebagai ahli bermula 1 Ogos 1998 (seksyen B, Jadual Caruman KWSP):

  • Caruman pekerja: ~ 2% daripada gaji bulanan
  • Caruman majikan: ~ 2% daripada gaji pekerja

Pekerja berusia 60 tahun ke atas

Bagi warganegara Malaysia (seksyen E, Jadual Caruman KWSP) 

  • Pekerja mencarum 0% daripada gaji bulanan
  • Majikan mencarum ~4.0% daripada gaji pekerja

Bagi individu pemastautin dan bukan warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai ahli sebelum 1 Ogos 1998 (seksyen C, Jadual Caruman KWSP):

Gaji bulanan sebanyak RM 5,000 atau ke bawah:

  • Pekerja mencarum ~ 5.5% daripada gaji bulanan
  • Majikan mencarum ~ 6.5% daripada gaji pekerja

Gaji bulanan lebih daripada RM 5,000:

  • Pekerja mencarum ~ 5.5% daripada gaji bulanan
  • Majikan mencarum ~ 6% daripada gaji pekerja

Bagi individu bukan warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai ahli bermula 1 Ogos 1998 (seksyen D, Jadual Caruman KWSP):

  • Caruman pekerja: ~ 2% daripada gaji bulanan
  • Caruman majikan: ~ 2% daripada gaji pekerja


Sila rujuk artikel dibawah untuk maklumat lanjut tentang:


Sistem payroll kami membantu anda mengira caruman statutori dengan mudah. Tempah demo sekarang.

Was this article helpful?

Download The Free Guide