If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Bagaimanakah cara menambah Caruman KWSP untuk Pekerja dan Majikan?

Pekerja dan majikan boleh memilih untuk mencarum KWSP pada kadar yang lebih tinggi daripada kadar minimum yang dinyatakan dalam Jadual Caruman KWSP (JADUAL KETIGA). Akan tetapi, mereka harus mendapatkan kelulusan daripada KWSP sebelum menambah caruman mereka. Sila rujuk panduan KWSP berikut.


Cara memohon KWSP untuk menaikkan kadar caruman pekerja KWSP

Jika pekerja memilih untuk mencarum pada kadar yang melebihi kadar statutori, mereka perlu mengisi dan menandatangani Borang KWSP 17A (AHL) dan serahkan borang tersebut kepada majikan mereka untuk mengesahkan kadar caruman yang mereka ingin naikkan. Majikan hendaklah menyimpan borang tersebut untuk tunjuan rekod.

Penambahan caruman pekerja perlu dimohon oleh majikan melalui iAkaun Majikan mereka di bawah tab Peranan: Pentadbiran, klik pada LAIN-LAIN > VOLUNTARY EXCESS (VE) > Permohonan Baru.


Majikan kemudiannya perlu mengesahkan bahawa mereka telah menerima Borang KWSP 17A (AHL) daripada pekerja mereka dengan mengklik OK.

Seterusnya, pilih Syer Pekerja di bawah Jenis Lebihan Sukarela dan Borang Kosong (anda perlu menambah pekerja dengan klik pada Tambah Pekerja) atau Salin daripada Penyata Caruman Terdahulu (senarai pekerja anda daripada penyerahan caruman terakhir anda akan dipaparkan dan anda boleh memadam mana-mana pekerja) di bawah Jenis Permohonan.

Pilih Pendaftaran di bawah Jenis Permohonan.

Majikan kemudiannya hendaklah memasukkan kadar (%) caruman tambahan KWSP Pekerja yang ingin dicarum oleh pekerja dan bulan gaji berkuat kuasa untuk kadar caruman tambahan. Klik Seterusnya untuk teruskan.

Tandakan pernyataan pengesahan di bahagian bawah halaman dan klik pada Hantar untuk menyerahkan.

Setelah borang diserahkan, klik pada Muat Turun untuk memuat turun surat pengesahan. Status harus menunjukkan sebagai 'Dihantar' dan anda boleh terus meningkatkan kadar pekerja dalam profil PayrollPanda pekerja sebelum menjalankan payroll untuk bulan yang dimasukkan sebagai bulan gaji berkuat kuasa.


Cara memohon KWSP untuk menaikkan kadar caruman majikan KWSP

Majikan tidak lagi perlu mengisi Borang KWSP 17 (MAJ) dan menyerahkannya kepada KWSP untuk menambah bahagian caruman mereka. Mereka kini boleh memohon untuk meningkatkan caruman majikan bagi pekerja tertentu melalui iAkaun Majikan mereka (tab Voluntary Excess). Prosesnya adalah sama seperti caruman pekerja, kecuali Syer Majikan harus dipilih dan bukannya Syer Pekerja di bawah Jenis Voluntary Excess


Bagaimana untuk meningkatkan kadar caruman dalam PayrollPanda

Pergi ke Employees > Select Employee > Statutory Requirements dan tetapkan kadar caruman tambahan bagi pekerja dan/atau majikan.

Sebagai contoh, jika kadar caruman semasa pekerja adalah 11% dan anda ingin meningkatkan ia kepada 13%, anda perlu menetapkan 2% di Additional Rate pada Employee EPF Rate.


Bagaimana untuk membatalkan kadar pekerja tambahan

Untuk kembali kepada kadar caruman statutori, pekerja hendaklah menyerahkan Borang KWSP18A (AHL) kepada majikan mereka. Borang tersebut perlu disimpan oleh majikan untuk tunjuan rekod dan ia tidak perlu diserahkan kepada KWSP. Pembatalan kadar caruman pekerja dilakukan melalui iAkaun Majikan (tab Voluntary Excess).

Prosesnya adalah sama seperti semasa memohon voluntary excess, kecuali majikan harus memilih Pembatalan di bawah Jenis Permohonan dan memasukkan 0 sebagai kadar tambahan. Majikan juga harus memasuki bulan gaji berkuat kuasa apabila pekerja ingin kembali kepada kadar statutori.


Bagaimana untuk membatalkan kadar majikan tambahan

Sekali lagi prosesnya adalah sama seperti caruman pekerja, kecuali Syer Majikan harus dipilih dan bukannya Syer Pekerja di bawah Jenis Voluntary Excess.

Sila maklum bahawa majikan tidak perlu lagi mengisi Borang KWSP 18 (MAJ) dan menyerahkannya kepada KWSP untuk pembatalan caruman tambahan. 


Sila lanjutkan bacaan anda ke artikel seterusnya bagi mengetahui cara membuat bayaran KWSP.

Anda sedang mencari sistem payroll? Jom tempah sesi demo bersama kami.




Artikel bantuan ini disusun untuk app.payrollpanda.my versi 0.13.0

Was this article helpful?

Download The Free Guide