If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Bagaimana untuk mendaftar pekerja saya sebagai ahli KWSP?

Terdapat 4 cara berbeza untuk mendaftarkan pekerja yang tidak berdaftar sebelum ini:


Via i-Akaun (Majikan)

• Pilihan ini terpakai untuk pekerja warganegara Malaysia dan pemastautin tetap yang mempunyai kad pengenalan dengan 7 dan 12 digit sahaja. Log masuk ke i-Akaun anda dan klik pada Daftar Ahli KWSP.


Pendaftaran secara Automatik melalui Borang Caruman Bulanan (Borang A)

• Pekerja yang tidak berdaftar sebelum ini akan didaftarkan secara automatik sebaik sahaja dimasukkan ke dalam Borang A. Pilihan ini hanya terpakai kepada pekerja warga Malaysia dan pemastautin tetap memandangkan maklumat MyKad diperlukan.


Borang KWSP 3

• Anda boleh mendaftar di kaunter KWSP berhampiran atau melalui pos, dengan menyediakan borang dan dokumen berikut:


Pekerja dengan MyKad

• Pilihan ini memerlukan pekerja untuk hadir secara fizikal ke kaunter KWSP di mana pendaftaran akan dilakukan menggunakan cip MyKad. Sekali lagi pilihan ini hanya terpakai untuk pekerja warganegara Malaysia dan pemastautin tetap. 


Baca lebih lanjut mengenai:

Sistem payroll kami membantu anda mengira caruman statutori dengan mudah. Tempah demo sekarang.

Was this article helpful?

Download The Free Guide