If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Bagaimanakah saya boleh arkib/padam profil pekerja yang telah berhenti?

Anda boleh sama ada mengarkibkan profil pekerja, yang mana rekod mereka akan disimpan, atau memadamkan profil pekerja, yang mana ia akan dipadamkan secara kekal.

Nota: 

(i) Profil pekerja akan diarkibkan serta merta walaupun “Tarikh Berkuatkuasa” adalah pada masa hadapan.

(ii) Anda hanya dapat memadam profil pekerja yang belum pernah tersenarai dalam penggajian bulanan di dalam sistem.


1. Arkib Pekerja

Untuk meletakkan seseorang pekerja dalam senarai arkib, klik tab Employees, pilih nama pekerja dan klik Archive di bahagian paling bawah. Employees > pilih nama pekerja > klik Archive

Pilih sebab dan tarikh pekerja berhenti kerja. Anda juga boleh menambah alamat emel alternatif (peribadi) untuk rekod anda. Kemudian, anda boleh memilih Prorate Salary bagi mana-mana pekerja yang berhenti pada pertengahan bulan, gaji mereka akan diselaraskan secara automatik. Untuk mengecualikan pekerja daripada proses penggajian bulan berkaitan, anda perlu pilih hari terakhir bulan sebelumnya. Sebagai contoh, untuk mengecualikan pekerja daripada penggajian bulan September, tarikh efektif pemberhentian ialah pada 31 Ogos.


Apabila seseorang pekerja diarkibkan, dia masih boleh menggunakan aplikasi untuk melihat slip gaji mereka. Namun, jika anda tidak lagi mahu mereka mempunyai akses kepada akaun mereka, anda boleh membuang akses tersebut dengan pergi ke Employees > Archived Employees > Select Employee dan klik Remove access.


2. Padam Maklumat Pekerja

Jika anda mahu memadamkan profil pekerja secara kekal daripada sistem, anda perlu mengarkibkan profil pekerja mengikut langkah-langkah diatas terlebih dahulu. Pertama, klik Archived Employees dan pilih profil pekerja yang ingin dipadam.


Skrol ke bahagian bawah halaman ini dan klik Remove Permanently. Anda akan diminta untuk membuat pengesahan, klik Yes, Delete untuk memadam profil pekerja secara kekal. Sila ambil perhatian, ini hanya boleh dilakukan untuk pekerja yang tidak pernah tersenarai dalam mana-mana penggajian bulanan sahaja.


Ingin mengetahui bagaimana anda boleh kendali payroll dengan mudah? Jom tempah sesi demo bersama kami sekarang!



Artikel bantuan ini disusun untuk app.payrollpanda.my versi 0.59.0

Was this article helpful?

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support