Menetapkan kelayakan cuti untuk syarikat anda adalah sangat mudah.
1. Pergi ke halaman Settings klik Leave Settings.
2. Anda boleh menetapkan kelayakan cuti dengan mengisi nilai dalam kotak Entitled dan klik Save di bahagian bawah halaman ini.
Kelayakan cuti ini hanya akan mempengaruhi nilai cuti pekerja yang ditambah setelah kelayakan cuti ini ditetapkan DAN bagi pekerja yang telah ditambah ke dalam sistem sebelum kelayakan cuti ditetapkan tetapi tidak membuat sebarang perubahan kepada kelayakan cuti pekerja tersebut. Contoh: Pekerja A & B dan C mempunyai 12 hari cuti tahunan secara asasnya. Bagi pekerja A, saya mengubah cuti tahunan kepada 15 hari di bawah tetapan pekerja (Employment Details). Kemudian saya menukar kelayakan cuti asas kepada 25 hari cuti tahunan. Hanya Pekerja B & C yang akan dikemas kini. Untuk menukar kelayakan cuti untuk seorang pekerja, sila baca artikel ini.
Anda juga boleh merujuk kepada artikel ini: Bagaimanakah cara untuk mengaktifkan tetapan cuti yang boleh dibawa ke hadapan.
Anda sedang mencari sistem payroll? Jom tempah sesi demo bersama kami.
Artikel bantuan ini disusun untuk app.payrollpanda.my versi 0.17.3