Bagaimanakah cara untuk menambah item pembayaran kerja lebih masa?

Kerja lebih masa (Overtime) merupakan jumlah tambahan gaji yang diberikan kepada pekerja apabila bekerja lebih daripada masa terjelas dalam kontrak. Kami telah menetapkan beberapa item, Automated Overtime Payroll Items yang akan dikira secara automatik jumlah kerja lebih masa mengikut jam, dan Manual Overtime Payroll Items yang membolehkan anda sama ada untuk menambah secara manual (sekali gus) atau mengira gaji berdasarkan jam/hari yang anda masukkan.

Anda boleh mencari fungsi ini di bawah +Additional Payroll Item > Remuneration.

Nota: Jika kerja lebih masa tersebut adalah jenis bayaran yang tidak berulang, anda boleh menambahnya di Langkah 1 apabila memproses penggajian ATAU jika pekerja anda sering berkerja lebih masa secara konsisten secara bulanan, anda boleh memasukkannya di bahagian Employees > Select Employee > Employment Details > + Monthly Recurring Payroll Item. Tinggalkan bahagian unit/jam kepada 0, anda juga boleh memasukkan jumlah jam/hari kepada penggajian yang telah berjalan pada setiap bulan. Lihat artikel bantuan untuk maklumat lanjut.

a. Automated Overtime Payroll Items

Kami telah menyediakan tiga pra-tetapan kerja lebih masa yang terdapat di dalam penggajian yang secara automatik akan mengira kadar RM setiap jam berdasarkan gaji pekerja. Sekiranya pekerja mendapat gaji bulanan, kadar setiap jam dikira berdasarkan jumlah hari (hari bekerja / hari tetap / sepanjang hari) yang ditetapkan di bawah Settings > Payment Settings. Untuk semua pengiraan kami mengikuti lapan jam kerja setiap hari. Cara pengiraan adalah seperti berikut.

  • Gaji Harian: Gaji Harian / 8 Jam

  • Gaji Bulanan: Gaji Bulanan / Bilangan Hari / 8 Jam

Berdasarkan kadar jam tersebut, aplikasi ini akan memberi tiga pra-persediaan tiga dalam payroll kerja lebih masa yang biasa digunakan:

  • Kerja lebih masa (Normal): Kadar jam yang didarab dengan 1.5x

  • Kerja lebih masa (Hari rehat): Kadar jam yang didarab dengan 2.0x

  • Kerja lebih masa (Umum): Kadar jam yang didarab dengan 3.0x

Anda juga boleh menyediakan keperluan sendiri yang membolehkan anda menetapkan nilai kerja lebih masa atau pengiraan secara automatik. Lihat artikel bantuan untuk mengetahui maklumat lebih lanjut.

b. Manual Overtime Payroll Items

Kami telah menyediakan dua item penggajian tambahan yang membolehkan anda menambah jumlah secara sekaligus atau dimasukkan secara manual dalam kadar setiap jam dan bilangan jam/hari:

  • Kerja Lebih Masa: Anda boleh memasukkan jumlah secara keseluruhan untuk setiap pekerja.

  • Kerja lebih masa (Gaji): Anda boleh memasukkan bilangan jam/hari yang pekerja anda bekerja lebih dan kadar lebih masa. Unit adalah jam/hari berdasarkan keutamaan syarikat anda, manakala harga adalah nilai RM/jam bertugas atau kerja lebih masa.



Artikel bantuan ini disusun untuk app.payrollpanda.my versi 0.40.5

Was this article helpful?

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support