Peraturan Akta Kerja yang dijelaskan dalam artikel ini hanya terpakai kepada kategori pekerja tertentu seperti pekerja manual atau pekerja yang gaji bulanannya tidak melebihi RM4,000.
Kadar berbeza dikenakan bergantung sama ada kerja dilakukan pada hari kerja biasa, hari rehat atau cuti umum, dan sama ada semasa atau di luar waktu kerja biasa.
Kami juga menyatakan item gaji lebih masa yang boleh anda gunakan untuk pengiraan automatik kadar setiap jam berdasarkan gaji pekerja. Sila rujuk perenggan Kadar Upah Biasa pada penghujung artikel ini untuk memastikan bahawa asas pengiraan bagi kadar setiap jam yang ditetapkan dalam sistem adalah bersesuaian dengan syarikat anda.
Kerja lebih masa pada hari bekerja biasa
Bagi mana-mana kerja lebih masa yang dijalankan melebihi waktu kerja biasa, pekerja hendaklah dibayar pada kadar tidak kurang daripada satu setengah kali ganda kadar gaji sejam mereka.
Di PayrollPanda, anda boleh menggunakan item praset kerja lebih masa: Overtime (Normal) x1.5
Kerja lebih masa pada hari cuti rehat
Setiap pekerja berhak mendapat sekurang-kurangnya satu hari rehat setiap minggu. Dimana pekerja dibenarkan bercuti rehat lebih daripada satu hari dalam seminggu (bagi pekerja yang bekerja 5 hari seminggu), hari cuti rehat terakhir adalah cuti rehat bagi tujuan kerja lebih masa. Jadi, bagi pekerja yang bekerja pada hari Isnin hingga Jumaat, hari cuti rehat mereka adalah pada hari Ahad.
Pekerja yang dibayar gaji secara harian yang bekerja pada hari rehat pada waktu bekerja biasa hendaklah dibayar seperti berikut:
(i) 1 hari gaji jika kerja tidak melebihi separuh waktu bekerja normal; atau
(ii) 2 hari gaji jika kerja melebihi separuh hari bekerja tetapi tidak melebihi waktu bekerja normal.
Pekerja yang dibayar gaji secara bulanan yang bekerja pada hari rehat pada waktu kerja biasa hendaklah dibayar seperti berikut:
(i) 1/2 hari gaji jika kerja tidak melebihi waktu bekerja normal; atau
(ii) 1 hari gaji jika bekerja lebih daripada separuh tetapi tidak melebihi waktu bekerja normal.
Di PayrollPanda, anda boleh mencipta item kerja lebih masa khas dengan kadar pengganda 1 dan tambah 4 jam untuk gaji separuh hari dan 8 jam untuk hari penuh. Sila baca Bagaimanakah cara menambah Kerja Lebih Masa Khas (Custom Overtime Payroll). Tandakan Yes pada KWSP untuk item kerja lebih masa khas anda memandangkan bayaran tambahan untuk bekerja pada waktu bekerja biasa pada hari rehat adalah tertakluk kepada KWSP.
Untuk kerja lebih masa pada hari cuti rehat di luar waktu bekerja normal, pekerja perlu dibayar pada kadar tidak kurang daripada dua kali kadar kiraan gaji jam pekerja tersebut.
Di PayrollPanda, anda boleh menggunakan item praset kerja lebih masa: Overtime (Rest-day) x2.
Kerja lebih masa pada cuti umum
Jika bekerja pada waktu bekerja biasa pada hari cuti umum, sebagai tambahan kepada gaji cuti yang pekerja berhak untuk hari itu, seorang pekerja berhak mendapat gaji dua hari pada kadar gaji biasa, tanpa mengira tempoh kerja yang dilakukan pada hari berkenaan adalah kurang daripada waktu kerja biasa.
Di PayrollPanda, anda boleh mencipta item preset kerja lebih masa khas dengan pengganda 2 dan masukkan 8 jam (walaupun pekerja tersebut bekerja kurang daripada 8 jam pada hari cuti umum) apabila menambah item kerja lebih masa khas anda pada payroll anda. Sila baca Bagaimanakah cara menambah Kerja Lebih Masa Khas (Custom Overtime Payroll). Tandakan Yes pada KWSP untuk item kerja lebih masa khas anda memandangkan bayaran tambahan untuk bekerja pada waktu bekerja biasa pada hari rehat adalah tertakluk kepada KWSP.
Bagi mana-mana kerja lebih masa yang dilakukan oleh pekerja di luar waktu bekerja normal pada hari cuti umum, pekerja perlu dibayar pada kadar tidak kurang daripada 3 kali ganda gaji sejam.
Di PayrollPanda, anda boleh menggunakan item preset kerja lebih masa: Overtime (Public) x3.
Kadar Upah Biasa
Di bawah Akta Kerja, kiraan kerja lebih masa untuk kadar minimum gaji harian adalah upah bulanan* / 26. Akan tetapi majikan boleh memilih kaedah kiraan lain yang lebih memihak kepada pekerja, sebagai contoh, gaji bulanan / 22 jika pekerja tersebut bekerja selama 5 hari dalam seminggu. Di PayrollPanda, anda boleh memilih asa pengiraan bagi kerja lebih masa di Settings > Payment Settings. Jika pekerja anda bekerja 6 hari seminggu, harap maklum bahawa terdapat beberapa bulan yang mempunyai 27 hari bekerja. Oleh itu, ia lebih baik untuk memilih Fixed Days - 26 hari sebagai asas pengiraan kerja lebih masa berbanding Working Days in Current Calendar Month bagi mengelakkan membayar gaji kerja lebih masa di bawah kadar minimum.
Kadar setiap jam hendaklah dikira berdasarkan waktu kerja harian biasa mengikut kontrak pekerja. Item kerja lebih masa praset kami mengira kadar setiap jam untuk pekerja yang bekerja 8 jam sehari. Jika waktu kerja pekerja anda bermula Januari 2023 telah dikurangkan kepada 7.5 jam disebabkan oleh had mingguan 45 jam mengikut pindaan Akta Kerja, anda boleh mengikut arahan dalam artikel ini untuk mencipta item kerja lebih masa khas dengan kadar setiap jam berdasarkan 7.5 jam.
*Upah di sini bermaksud:
Upah bererti gaji pokok dan pembayaran-pembayaran lain secara tunai yang perlu dibayar kepada pekerja untuk kerja yang dilakukan mengikut kontrak perkhidmatannya tetapi tidak termasuk:
(a) nilai mana-mana penginapan rumah atau bekalan makanan, bahan bakar, cahaya atau air atau rawatan perubatan, atau kemudahan atau perkhidmatan yang diluluskan;
(b) apa-apa caruman yang dibayar oleh majikan untuk akaunnya sendiri ke mana-mana dana pencen, dana simpanan, skim superannuasi, pemberhentian kerja, skim pemberhentian kerja atau persaraan, atau skim lain yang ditubuhkan untuk kepentingan atau kebajikan pekerja;
(c) apa-apa elaun perjalanan atau nilai apa-apa konsensi perjalanan;
(d) apa-apa jumlah yang perlu dibayar kepada pekerja untuk menanggung perbelanjaan khas yang diperlukan oleh kerana jenis pekerjaannya;
(e) apa-apa ganjaran yang perlu dibayar semasa pelepasan atau persaraan; atau
(f) apa-apa bonus tahunan atau apa-apa bahagian daripada bonus tahunan.
Perkara berikut juga dikecualikan daripada takrif upah untuk tujuan pengiraan lebih masa: sebarang bayaran yang dibuat di bawah skim pembayaran insentif yang diluluskan atau sebarang bayaran untuk kerja yang dilakukan pada hari rehat atau pada mana-mana hari kelepasan am yang diwartakan yang diberikan oleh majikan di bawah kontrak perkhidmatan atau mana-mana hari menggantikan hari kelepasan am yang diwartakan.
Anda sedang mencari sistem payroll? Jom tempah sesi demo bersama kami.