Akta Kerja memperuntukkan bahawa kadar gaji harian minimum untuk pengiraan lebih masa hendaklah berdasarkan 26 hari, manakala kadar setiap jam dikira berdasarkan waktu kerja biasa di bawah kontrak pekerja.
Item preset lebih masa kami mengira kadar setiap jam untuk pekerja yang bekerja 8 jam sehari. Jika waktu kerja pekerja anda dikurangkan kepada 7.5 jam disebabkan oleh had mingguan 45 jam di bawah pindaan Akta Kerja bermula Januari 2023, anda boleh mencipta item kerja lebih masa khas dengan kadar setiap jam berdasarkan 7.5 jam mengikut arahan di bawah.
Sila pergi ke Settings > Payroll Items > + Add Custom Overtime untuk mencipta item kerja lebih masa khas berikut:
1. Overtime khas x1.5 bersamaan dengan Overtime (Normal)
2.Overtime khas x2 bersamaan dengan Overtime (Rest-Day)
3. Overtime khas x3 bersamaan dengan Overtime (Public)
Setelah anda mencipta item Overtime khas yang anda perlukan, sila klik pada butang Save changes di bahagian bawah halaman Payroll Items. Anda kemudiannya boleh menambahkan item kerja lebih masa khas anda bagi pekerja yang berkenaan di tab Employment Details sebagai Monthly Recurring Payroll Items.
Proses payroll kini lebih mudah bersama PayrollPanda. Hubungi kami untuk tempahan demo sekarang.