If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Apakah cara penyerahan dan pembayaran PCB?

Penyerahan PCB mesti dilakukan dalam talian, sementara untuk pembayaran PCB, terdapat dua pilihan cara bayaran iaitu dalam talian dan luar talian.

Berikut adalah kaedah-kaedah penyerahan yang tersedia: 

1. Perbankan Internet 

Beberapa bank menawarkan servis pembayaran secara pukal. Anda boleh menggunakan fail bank PCB yang dihasilkan oleh PayrollPanda dan muat naiknya ke portal bank anda untuk membuat bayaran. Fail yang dimuat naik mengandungi maklumat nombor IC dan nombor cukai pekerja serta jumlah PCB untuk dimaklumkan kepada LHDN supaya ia juga bertindak sebagai penyerahan PCB.

Ini adalah senarai bank yang disokong oleh PayrollPanda:


2. Fasiliti Atas Talian LHDN

Menggunakan portal atas talian LHDN e-PCB, e-Data PCB atau e-CP39:

  • e-CP39 - Untuk penyerahan manual potongan cukai bulanan dan untuk penyerahan sekali sahaja.
  • e-PCB - Untuk penyerahan manual potongan cukai bulanan. Majikan perlu memasukkan data tetapi penyerahan terdahulu dan jumlah pendapatan terkumpul serta potongan direkodkan.
  • e-Data PCB - Untuk penyerahan potongan cukai bulanan melalui muat naik fail. Tiada kemasukan data diperlukan kerana majikan hanya perlu memuat naik fail PCB yang dijana oleh PayrollPanda.


Pembayaran boleh dibuat seperti berikut:

1. Pembayaran dalam talian melalui portal FPX sekiranya anda mempunyai akaun dengan salah satu bank berikut:

  • AmBank 
  • Bank Islam 
  • CIMB Bank 
  • Hong Leong Bank 
  • Maybank2e/Maybank2U 
  • Public Bank 
  • RHB Bank


2. Kiosk Cek Deposit

  • Pembayaran melalui cek deposit yang tersedia di kiosk bank CIMB.


3. POS Malaysia

  • Anda boleh membuat bayaran secara tunai di kaunter-kaunter POS Malaysia.


Sistem payroll kami membantu anda mengira caruman statutori secara automatik dengan mudah. Tempah demo sekarang jika anda berminat untuk ketahui lebih lanjut.


Was this article helpful?

Download The Free Guide