Berapakah kadar caruman KWSP?

Mengikut perundangan KWSP, caruman kedua-dua pekerja dan majikan adalah perlu dibayar. Caruman pekerja ditolak daripada gaji mereka dan dibayar kepada KWSP bersama caruman majikan. Walaupun kebiasaannya kadar caruman dikira mengikut peratusan gaji yang tertakluk kepada pembayaran KWSP, namun jumlah peratusan itu cuma anggaran dan jumlah caruman sebenar mestilah mengikut nilai berdasarkan Jadual Caruman KWSP

Semua pekerja harus mencarum hingga berusia 75 tahun tanpa sebarang usia minimum. Bermula usia 60 tahun pula, hanya caruman majikan yang perlu dibayar. Kadar caruman KWSP adalah berbeza mengikut kerakyatan Malaysia atau individu pemastautin dan juga usia pekerja. Pekerja warganegara asing yang bukan pemastautin tidak diwajibkan untuk mencarum dan kadar yang berlainan mungkin dikenakan jika mereka ingin mencarum. 


Kadar minimum caruman adalah seperti berikut. Anda boleh memilih untuk mencarum pada kadar yang lebih, sila tekan di sini untuk mengetahui lebih lanjut.


Pekerja berusia 60 tahun ke bawah

Bagi warganegara Malaysia dan individu pemastautin, dan bukan warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai ahli sebelum 1 Ogos 1998 (seksyen A, Jadual Caruman KWSP):

Gaji bulanan sebanyak RM 5,000 atau ke bawah:

●    Pekerja menyumbang ~ 11% daripada gaji bulanan

●    Majikan menyumbang ~ 13% daripada gaji pekerja


Gaji bulanan lebih daripada RM 5,000:

●    Pekerja menyumbang ~ 11% daripada gaji bulanan

●    Majikan menyumbang ~ 12% daripada gaji pekerja

Bagi individu bukan warganegara Malaysia berdaftar sebagai ahli bermula 1 Ogos 1998 (seksyen B, Jadual Caruman KWSP):

●    Sumbangan pekerja: ~ 11% daripada gaji bulanan

●    Sumbangan majikan: RM5.00

Pekerja berusia 60 tahun ke atas

Bagi warganegara Malaysia (seksyen E, Jadual Caruman KWSP) 

●    Pekerja menyumbang 0% daripada gaji bulanan

●    Majikan menyumbang ~4.0% daripada gaji pekerja

Bagi individu pemastautin dan bukan warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai ahli sebelum 1 Ogos 1998 (seksyen C, Jadual Caruman KWSP):

Gaji bulanan sebanyak RM 5,000 atau ke bawah:

●    Pekerja menyumbang ~ 5.5% daripada gaji bulanan

●    Majikan menyumbang ~ 6.5% daripada gaji pekerja

Gaji bulanan lebih daripada RM 5,000:

●    Pekerja menyumbang ~ 5.5% daripada gaji bulanan

●    Majikan menyumbang ~ 6% daripada gaji pekerja

Bagi individu bukan warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai ahli bermula 1 Ogos 1998 (seksyen D, Jadual Caruman KWSP):

●    Sumbangan pekerja: ~ 5.5% daripada gaji bulanan

●    Sumbangan majikan: RM5.00



Was this article helpful?

Download The Free Guide