Berapakah kadar caruman KWSP?

Mengikut perundangan KWSP, caruman kedua-dua pekerja dan majikan adalah perlu dibayar. Caruman pekerja ditolak daripada gaji mereka dan dibayar kepada KWSP bersama caruman majikan. Walaupun kebiasaannya kadar caruman dikira mengikut peratusan gaji yang tertakluk kepada pembayaran KWSP, namun jumlah peratusan itu cuma anggaran dan jumlah caruman sebenar mestilah mengikut nilai berdasarkan Jadual Caruman KWSP

Kadar caruman KWSP adalah berbeza mengikut kerakyatan Malaysia atau individu pemastautin dan juga usia pekerja. Pekerja warganegara asing yang bukan pemastautin tidak diwajibkan untuk mencarum dan kadar yang berlainan mungkin dikenakan jika mereka ingin mencarum.

Kadar minimum caruman adalah seperti berikut. Anda boleh memilih untuk mencarum pada kadar yang lebih, sila tekan di sini untuk mengetahui lebih lanjut.

Sila maklum, berkuatkuasa daripada gaji April 2020 (caruman Mei 2020) sehingga gaji Disember 2020 (caruman Januari 2021), kadar caruman pekerja telah diturunkan daripada 11% kepada 7% bagi pekerja yang berusia 60 tahun dan ke bawah. Walau bagaimanapun, pekerja boleh mengekalkan kadar caruman mereka pada 11% - untuk maklumat lanjut sila rujuk di sini. Jika kadar caruman dikekalkan pada 11%, nilai caruman adalah mengikut Jadual Caruman KWSP


Pekerja berusia 60 tahun ke bawah

Bagi warganegara Malaysia dan individu pemastautin, dan bukan warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai ahli sebelum 1 Ogos 1998 (seksyen A, Jadual Caruman KWSP):

Gaji bulanan sebanyak RM 5,000 atau ke bawah:

●    Pekerja menyumbang ~ 7% daripada gaji bulanan

●    Majikan menyumbang ~ 13% daripada gaji pekerja


Gaji bulanan lebih daripada RM 5,000:

●    Pekerja menyumbang ~ 7% daripada gaji bulanan

●    Majikan menyumbang ~ 12% daripada gaji pekerja

Bagi individu bukan warganegara Malaysia berdaftar sebagai ahli bermula 1 Ogos 1998 (seksyen B, Jadual Caruman KWSP):

●    Sumbangan pekerja: ~ 7% daripada gaji bulanan

●    Sumbangan majikan: RM5.00

Pekerja berusia 60 tahun ke atas

Bagi warganegara Malaysia (seksyen E, Jadual Caruman KWSP) 

●    Pekerja menyumbang 0% daripada gaji bulanan

●    Majikan menyumbang ~4.0% daripada gaji pekerja

Bagi individu pemastautin dan bukan warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai ahli sebelum 1 Ogos 1998 (seksyen C, Jadual Caruman KWSP):

Gaji bulanan sebanyak RM 5,000 atau ke bawah:

●    Pekerja menyumbang ~ 5.5% daripada gaji bulanan

●    Majikan menyumbang ~ 6.5% daripada gaji pekerja

Gaji bulanan lebih daripada RM 5,000:

●    Pekerja menyumbang ~ 5.5% daripada gaji bulanan

●    Majikan menyumbang ~ 6% daripada gaji pekerja

Bagi individu bukan warganegara Malaysia yang berdaftar sebagai ahli bermula 1 Ogos 1998 (seksyen D, Jadual Caruman KWSP):

●    Sumbangan pekerja: ~ 5.5% daripada gaji bulanan

●    Sumbangan majikan: RM5.00



Was this article helpful?

Download The Free Guide