If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Apakah maksud Cukai HRDF dan majikan yang layak untuk mencarum?

Apa itu Cukai HRDF?

Cukai HRDF adalah bayaran cukai mandatori yang dikutip oleh Dana Pembangunan Sumber Manusia (PSMB) yang dikenakan ke atas majikan dari industri tertentu. Tujuannya adalah untuk membolehkan latihan pekerja dan peningkatan kemahiran tenaga kerja Malaysia.


Siapa yang layak mendaftar dengan HRDF (PSMB)?

Bermula 1 Mac 2021, akses ke HRDF diperluas ke semua industri. Firma dengan 10 atau lebih pekerja tempatan wajib mendaftar, sementara syarikat dengan 5 hingga 9 pekerja tempatan mempunyai pilihan untuk mendaftar.

Mana-mana majikan yang dikehendaki mendaftar tetapi belum mendaftar dengan HRDF boleh dikenakan denda hingga RM10,000 dan/atau menghadapi hukuman penjara hingga satu tahun.

Sila maklum bahawa majikan di bawah industri yang baru dimasukkan diberi pengecualian dari pungutan HRDF selama 3 bulan dari 1 Mac hingga 31 Mei 2021. Pengecualian kemudian dilanjutkan sehingga Januari 2022 (tiada pungutan cukai dilakukan untuk penggajian bulan Jun hingga Disember 2021).


Bagaimanakah Cukai HRDF dikira?

Cukai HRDF = Cukai HRDF% x (Gaji Asas + Elaun Tetap).

Bilangan pekerja warganergara

Kadar Cukai HRDF yang dikenakan

10 atau lebih pekerja rakyat Malaysia

1% daripada gaji bulanan setiap pekerja rakyat Malaysia 

5 ke 9 orang pekerja rakyat Malaysia


0.5% daripada upah bulanan setiap pekerja rakyat Malaysia 

Rujuk artikel ini untuk maklumat lanjut tentang elaun yang perlu diambilkira dalam pengiraan HRDF.

Sila maklum bahawa mengikut peraturan HRDF, sebaik sahaja anda mencapai 10 orang pekerja warganegara Malaysia, anda mesti terus mencarum pada kadar 1% untuk keseluruhan tahun kalendar walaupun bilangan pekerja anda berkurangan kepada kurang daripada 10 pekerja pada tahun tersebut.

Pembayaran perlu dibuat selewat-lewatnya pada 15hb bulan berikutnya.

Contoh pengiraan levi HRDF:

Jika anda mencarum 1% dan pekerja anda memperoleh RM3,000 ditambah elaun tetap RM250, pengiraan levi HRDF untuk pekerja tersebut adalah seperti berikut:

(RM3,000 + RM250) * 1% = RM32.50


Bagaimanakah saya boleh menambah Cukai HRDF di dalam PayrollPanda?

PayrollPanda boleh mengira caruman Cukai HRDF anda secara automatik, sila rujuk Bagaimanakah cara untuk mengaktifkan pembayaran Levi HRDF di PayrollPanda.

Proses payroll anda tanpa rumit. Tempah demo sekarang.



Was this article helpful?

Download The Free Guide