Bagaimanakah cara untuk mengaktifkan pembayaran Levi HRDF di PayrollPanda?

Levi HRDF adalah bayaran levi mandatori yang dikenakan oleh Kerajaan ke atas kumpulan majikan yang tertentu untuk tujuan latihan dan meningkatkan kemahiran pekerja.  

Lihat artikel bantuan ini untuk penjelasan terperinci bagi yang layak untuk membuat sumbangan.

HRDF telah dinyahfungsikan di PayrollPanda. Untuk mengaktifkan HRDF, sila ikuti langkah di bawah:

  1. pergi ke Settings 
  2. Pilih Payment Settings
  3. Pilih salah satu pilihan caruman HRDF yang tersedia.

Terdapat empat tetapan untuk anda membuat pilihan daripada senarai menu: None, Automatic, 0.5% dan 1%.

Sekiranya HRDF ditetapkan sebagai Automatic, sistem akan mengira caruman berdasarkan kadar ini:

  • 5 to 9 perkerja tempatan: HRDF menyumbang sebanyak 0.5%

  • 10 dan ke atas jumlah pekerja tempatan: HRDF menyumbang sebanyak 1%

Sila maklum bahawa di bawah peraturan HRDF, sekiranya anda berdaftar di bawah kategori pilihan sebelum ini, sebaik sahaja anda mencapai 10 pekerja Malaysia, anda perlu terus mencarum pada kadar 1% untuk keseluruhan tahun kalendar walaupun kiraan pekerja anda jatuh kepada kurang daripada 10 pekerja dalam tahun tersebut.

Sumbangan HRDF dikira berdasarkan gaji pokok ditambah dengan sebarang elaun tetap kecuali elaun perjalanan. Di dalam PayrollPanda, sebarang elaun yang ditambah sebagai item bulanan berulang pada profil pekerja akan ditambah pada gaji yang tertakluk kepada HRDF, kecuali:

  • Travel/Petrol Allowance (Official Duties)

  • Travel/Petrol Allowance (Records Kept For 7 Years)

  • Parking Allowance

  • Internship Allowance

Jika anda menambah item penggajian khas dan diletakkan di bawah kategori Allowance dan ditambahkan pada profil pekerja sebagai item bulanan berulang, item itu juga akan termasuk dalam pengiraan HRDF. Sekiranya anda mempunyai item bulanan berulang yang mana ia tidak tetap dan anda tidak mahu ia tertakluk kepada HRDF, anda perlu menambah item penggajian khas dan letakkan ia di bawah kategori Other Perquisites dan bukan kategori Allowance. Untuk maklumat lanjut berkenaan dengan item penggajian bulanan berulang, sila rujuk artikel ini. 

Ambil perhatian bahawa item penggajian di bawah ini akan mempengaruhi pengiraan HRDF:

  • Leave Pay, Advance Payment, Arrears of Salary & Arrears of Wages 

  • Unpaid Leave

  • Advance (Payment Made via payroll) & Salary Adjustment

Sekiranya anda ingin menambah jumlah HRDF anda sendiri untuk setiap pekerja, anda boleh menggunakan item preset potongan Employer HRDF Levy (Custom).

Contoh Kiraan Pembayaran Levi :

Jika anda menyumbang 1% dan pekerja anda memperoleh RM 3,000.00 tambah elaun tetap sebanyak RM 250.00, maka pengiraan untuk pembayaran levi HRDF adalah seperti berikut: (MYR 3,000.00 + MYR 250.00) * 1% = MYR 32.50


Sekian untuk sekarang! Sila lihat artikel berkenaan yang lain di bawah. Jika anda perlukan bantuan, sila hubungi tim kami!


Artikel bantuan ini disusun untuk app.payrollpanda.my versi 0.48.1

Was this article helpful?

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support