Buat masa ini, terdapat dua jenis format slip gaji iaitu A4 & A5. Anda boleh menetapkan jenis format slip gaji di bawah Settings > Payment Settings > Payslip Format.
Selepas selesai proses penggajian, slip gaji akan diedarkan kepada pekerja melalui portal layan diri pekerja, email dan/atau mencetak slip gaji. Untuk proses langkah demi langkah tentang cara mengedarkan slip gaji kepada pekerja, anda boleh rujuk Bagaimanakah cara untuk saya menghantar slip gaji kepada pekerja.
Jika anda memerlukan maklumat lanjut atau anda sedang mencari sistem payroll, hubungi kami melalui saluran Sembang Langsung di bahagian bawah halaman ini.
Artikel bantuan ini disusun untuk app.payrollpanda.my versi 0.61.0