Cara paling selamat untuk menghantar slip gaji kepada pekerja adalah dengan menjemput pekerja anda menggunakan sistem ini sebagai pekerja di bawah syarikat anda. Dengan cara ini, pekerja anda boleh log masuk dengan selamat (sistem kami menggunakan penyulitan SSL) dan pekerja boleh mendapatkan slip gaji mereka serta memohon cuti dengan selamat. Untuk maklumat lebih lanjut bagi menjemput pekerja kepada sistem ini, sila lihat artikel Bagaimanakah cara untuk menjemput pekerja anda menggunakan PayrollPanda.
Selain mencetak slip gaji dan memberikannya di atas tangan, cara lain untuk memastikan slip gaji yang diemel diterima dengan selamat ialah melindungi slip gaji dengan nombor pasport atau nombor kad pengenalan. Nombor ini ialah kata laluan mereka. Langkah ini bertujuan untuk meningkatkan keselamatan walaupun emel yang digunakan telah sedia selamat.
Untuk menggunakan sistem ini pergi ke Settings > Notifications dan tandakan pada kotak Password Protect Payslips
Dengan itu, setiap kali penggajian dilakukan dan slip gaji diedarkan melalui emel, ia akan dilindungi dengan kata laluan iaitu nombor kad pengenalan atau nombor pasport.
Ruangan kata kunci akan dipaparkan apabila membuka fail PDF slip gaji pekerja.
Tempah slot demo anda untuk ketahui lebih lanjut tentang sistem payroll kami.
Artikel bantuan ini disusun untuk aplikasi app.payrollpanda.my versi 0.11.0