If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Bagaimana cara mengira Cuti Tanpa Gaji, Gaji Prorata dan Kerja Lebih Masa menggunakan PayrollPanda ini secara automatik?

1. Pergi ke  Settings > Payment Settings dan pastikan Record Unpaid Leave in Payroll ditandakan. Sekiranya anda ingin gaji pekerja diselaraskan berdasarkan tarikh mereka mula bekerja, sila tandakan Adjust Salary Based On Join date.


2. Pada Number of days for Unpaid Leave, Prorated Salary and Overtime Calculation anda boleh memilih salah satu daripada tiga pilihan:

  • Fixed Number of Days: Anda boleh memilih hari bekerja syarikat anda untuk penggajian bulan tertentu.

  • Working days in Current Calendar Month: Semua hari bekerja yang ditandakan termasuk hari cuti umum.

  • All Days in Current Calendar Month: Semua hari dalam kalendar bulan semasa.


3. Jangan lupa untuk pilih item penggajian bulanan berulang yang dipengaruhi Cuti tanpa gaji/atau pengiraan gaji setara. Anda boleh menandakan senarai gaji yang berkaitan pada tab Employment Details setiap pekerja.


4. Pada tab Cuti, anda boleh lihat kalendar dengan semua cuti Tanpa Gaji, Cuti Tahunan dan Cuti Sakit pekerja bagi setiap bulan dipaparkan. Dalam contoh di bawah, anda dapat melihat bahawa Isabelle Moore telah mengambil 3 Cuti Tanpa Gaji pada bulan Disember.


5. Setelah anda mula menjalankan proses penggajian, pengurangan daripada Cuti Tanpa Gaji akan mula berjalan secara automatik kepada pekerja yang mengambil Cuti Tanpa Gaji seperti yang tertera dalam kalendar. Semua item berulang dalam penggajian yang dipengaruhi oleh Cuti Tanpa Gaji akan diselaraskan dalam penolakan gaji. Nilai amaun ini bergantung kepada Jumlah Hari Bekerja yang boleh dipilih pada tetapan Payment Settings. Gaji Prorata untuk pekerja yang baru mula bekerja atau akan berhenti pada pertengahan bulan dan pengiraan Kerja Lebih Masa akan diselaraskan menggunakan tetapan yang sama.


Sila rujuk artikel ini jika anda ingin mengira cuti tanpa gaji secara manual. Untuk maklumat lebih lanjut tentang cara menambah Kerja Lebih Masa, sila klik Bagaimana menambah pembayaran untuk kerja lebih masa.


Proses payroll kini lebih mudah bersama PayrollPanda. Hubungi kami untuk tempahan demo sekarang.


Artikel bantuan ini disusun untuk app.payrollpanda.my versi 0.40.11

Was this article helpful?

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support