Akaun MP yang juga dikenali sebagai akaun penggajian terurus (Managed Payroll Account) merupakan ciri yang kami tambahkan secara khusus untuk rakan kongsi kami yang menggunakan sistem PayrollPandai bagi menguruskan gaji pelanggan mereka ATAU syarikat-syarikat yang mempunyai banyak entiti yang menguruskan gaji untuk kumpulan syarikat mereka.
Akses adalah atas jemputan, jika anda berminat untuk menggunakan ciri ini sila hubungi kami melalui ruangan sembang, email atau telefon.
Terdapat tiga tahap akses untuk ciri ini.
MP Admin
Admin MP adalah tahap akses tertinggi dan membolehkan anda untuk:
Menambah dan akses ke akaun syarikat
Membuat pelarasan dan memproses payroll untuk setiap syarikat
Tambah atau padam MP Manager atau MP Client
Melantik MP Manager menguruskan syarikat
Akses kepada invois
Pengurus MP
Pengurus MP biasanya ditugaskan kepada orang yang memproses gaji dan boleh:
Menyedia dan memproses gaji
Muat turun ringkasan penggajian dan fail pembayaran
Mengubah butiran pekerja
Klien MP
Klien MP adalah tahap akses secara pilihan sekiranya anda ingin memberi akses kepada pelanggan anda kepada sistem ini. Klien MP boleh:
Meluluskan atau menolak gaji yang diproses selepas melihat ringkasan gaji
Sila maklum bahawa Client MP tidak dapat menjalankan sebarang proses penggajian
Menggunakan pengurusan cuti, melaraskan tetapan pekerja dan syarikat serta memuat turun borang dan laporan
Artikel bantuan ini disusun untuk app.payrollpanda.my versi 0.20.0