Call us at +60 3 2787 9168

i-Akaun adalah portal dalama talian yang dikendalikan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk majikan dan pekerja. Majika boleh mengakses i-Akaun mereka untuk meghantar dan membayar caruman KWSP.

Artikel ini sesuai untuk majikan yang telah berdaftar bersama KWSP. Anda boleh rujuk artikel ini cara mendaftar sebagai majikan dengan badan-badan statutori.

Untuk menggunakan iAkaun KWSP untuk pembayaran KWSP bulanan anda, anda perlu melengkapkan langkah-langkah berikut:

  1. Isi Borang KWSP 1 (i) dan serahkannya ke pejabat KWSP yang terdekat.
  2. Dari sana anda boleh mendapatkan Kod Pengaktifan iAkaun, yang biasanya akan dihantar ke nombor telefon mudah alih berdaftar anda dalam bentuk SMS.
  3. Sebaik sahaja anda telah menerima kod tersebut, lawati laman web KWSP dan klik Log Masuk ke i-Akaun (Majikan)> Pengaktifan i-Akaun untuk mengaktifkan akaun anda dalam masa 30 hari.

Setelah selesai, anda boleh menggunakan sistem PayrollPanda untuk menguruskan sistem penggajian.  Sistem kami menjana fail berformat csv untuk dimuat naik dengan mudah ke i-Akaun. Sila baca di sini untuk borang lain yang boleh PayrollPanda hasilkan untuk pembayaran cepat dan mudah kepada badan statutori.

FAQs

Soalan-soalan lazim...

i-Akaun adalah portal dalam talian untuk Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dengan log masuk berasingan untuk ahli dan majikan.

Majikan boleh menggunakan i-Akaun untuk mengemukakan dan membayar sumbangan KWSP mereka, manakala ahli boleh menyemak jumlah sumbangan yang dibayar ke dalam dana KWSP mereka, serta dividen yang diterima.

Pertama, majikan perlu memastikan bahawa mereka telah mendaftar dengan KWSP.

Selepas pendaftaran KWSP, ikuti langkah-langkah ini untuk mendaftar i-Akaun Majikan:

  • Isi Borang KWSP 1(i) dan serahkan di pejabat KWSP terdekat.
  • Dari situ, dapatkan Kod Pengaktifan iAkaun, yang biasanya dihantar ke nombor telefon mudah alih berdaftar anda melalui SMS.
  • Setelah mendapat kod tersebut, kunjungi laman web KWSP dan pilih Log Masuk Majikan > Pengaktifan i-Akaun untuk mengaktifkan akaun anda dalam tempoh 30 hari.

Try us now and run your first payroll for FREE

No Obligations or Credit Card Details Required

Get started

Copyright © 2023 Payroll Panda Sdn Bhd. All Rights Reserved.