Setiap majikan (syarikat, badan kebajikan, perniagaan milikan tunggal, perkongsian dan sebagainya) perlu berdaftar dengan LHDN, EPF, dan PERKESO. Jika anda terlibat di dalam sektor pembinaan atau mana-mana sektor yang berkelayakan, anda juga perlu mendaftar dengan HRDF.
Nota: SEMUA salinan dokumen di bawah perlu disahkan.
EPF
Berikut adalah dokumen yang perlu dihantar ke kaunter EPF:
Untuk syarikat
Salinan Borang 9 SSM
Salinan Borang 49 SSM
Kad pengenalan salah seorang pengarah
Borang 1 KWSP (ditandatangani dan disetem)
Untuk perniagaan milikan tunggal /perkongsian
Pasport/Kad pengenalan pengarah
Borang D
Borang KWSP 1 (ditandatangani)
PERKESO
Berikut adalah dokumen yang perlu dihantar ke kaunter PERKESO:
Untuk syarikat
Salinan borang 9 SSM
Salinan borang 49 SSM
Borang PERKESO 1 dan 2 (ditandatangani)
Untuk perniagaan milikan tunggal /perkongsian
Salinan Borang D SSM/ Lesen Perniagaan
Salinan Borang A SSM
Borang PERKESO 1 dan 2 (ditandatangani)
LHDN
Berikut adalah dokumen yang perlu dihantar ke kaunter LHDN:
Untuk syarikat
Salinan M&A syarikat
Salinan Borang 9 SSM
Salinan Borang 49 SSM
Salinan Borang 24 SSM
Salinan Borang 13 SSM (jika nama syarikat telah ditukar)
Borang LHDN CP600E (ditandatangani)
Untuk perniagaan milikan tunggal /perkongsian
Akaun terkini yang telah diaudit x1
Salinan Borang D SSM/Lesen Perniagaan
Salinan Borang A SSM /surat dari mahkamah/Borang 12/Borang K/Borang Q/ Surat MIA dan pelantikan sebagai agen percukaian
Borang LHDN CP600E (ditandatangani)
HRDF
Anda hanya perlu mendaftar dengan HRDF sekiranya anda terlibat di dalam sektor pembinaan atau perkhidmatan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk artikel ini.
Berikut adalah dokumen yang perlu dihantar ke kaunter HRDF:
Untuk syarikat
Salinan Borang 9 SSM
Salinan Borang 24 SSM
Salinan Borang 49 SSM
Profil Syarikat/Pendapatan Tahunan/Penyata Kewangan
Penyata EPF
Borang 1 HRDF dan borang 1a
Untuk perniagaan milikan tunggal
Lesen perniagaan
Penyata EPF
Borang 1 HRDF dan borang 1a
Untuk perniagaan perkongsian
Salinan Borang D SSM
Penyata EPF
Borang 1 HRDF dan Borang 1a