Bagaimanakah saya ingin membuka iAkaun dengan KWSP?

Untuk menggunakan iAkaun KWSP untuk pembayaran KWSP bulanan anda, anda perlu melengkapkan langkah-langkah berikut:

  1. Isi Borang KWSP 1 (i) dan serahkannya ke pejabat KWSP yang terdekat.

  2. Dari sana anda boleh mendapatkan Kod Pengaktifan iAkaun, yang biasanya akan dihantar ke nombor telefon mudah alih berdaftar anda dalam bentuk SMS.

  3. Sebaik sahaja anda telah menerima kod tersebut, lawati laman web KWSP dan klik Log Masuk ke i-Akaun (Majikan)> Pengaktifan i-Akaun untuk mengaktifkan akaun anda dalam masa 30 hari.

Setelah selesai, anda boleh menggunakan aplikasi PayrollPanda untuk menguruskan sistem penggajian.  Sistem kami menjana fail berformat csv untuk dimuat naik dengan mudah ke i-Akaun. Anda juga akan dapat melakukan pembayaran secara online. Sila baca di sini untuk borang lain yang boleh PayrollPanda hasilkan untuk pembayaran cepat dan mudah kepada badan berkanun.

Was this article helpful?

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support