Bagaimanakah PCB dikira oleh aplikasi PayrollPanda?

Aplikasi ini mengira PCB berdasarkan formula yang telah digariskan oleh pihak LHDN. Pengiraan PCB di dalam sistem kami adalah mengikut garis panduan dan spesifikasi LHDN sepenuhnya. Kami memberi jaminan bahawa PayrollPanda telah diluluskan oleh LHDN.

Walaupun formula yang digunakan agak rumit, ringkasannya adalah seperti berikut:

  1. Pendapatan boleh dikenakan cukai = gaji terdahulu + (Item berulang dalam gaji bulanan + Item tidak berulang dalam gaji bulanan) + Item berulang daripada gaji bulanan * Bilangan bulan yang tinggal dalam tahun

  2. Pendapatan boleh dikenakan cukai - Potongan = Pendapatan bercukai

  3. Jumlah cukai tahunan kemudiannya dikira atas pendapatan bercukai

  4. PCB = (Jumlah cukai tahunan - PCB sudah dibayar) / Bilangan bulan yang tinggal

Rumusan ini membolehkan kami menjawab beberapa soalan yang sering ditanya, iaitu:

(Nota: dalam contoh berikut, potongan KWSP dan PERKESO diabaikan supaya contoh mudah difahami).


1. Mengapa saya perlu memasukkan data slip gaji terdahulu?

Pada langkah 1, anda dapat melihat data slip gaji terdahulu dimasukkan dalam pengiraan pendapatan yang boleh dikenakan cukai. Sekiranya anda tidak memasukkan data gaji terdahulu anda maka aplikasi akan mengira PCB dengan salah.

Contoh:

Nick telah bekerja di syarikatnya sejak awal 2016, dengan pendapatan RM 6,000 sebulan.

Pada bulan November 2016, syarikatnya beralih ke PayrollPanda tetapi pegawai penggajian  tidak menambah data slip gaji sebelumnya, dan hanya memasukkan gaji sebanyak RM 6,000. Pada akhir bulan November apabila aplikasi cuba menjalankan pembayaran gaji, jumlah pendapatan tahunannya dianggarkan sebagai hanya RM 12,000 dan dengan itu akan mengira PCB pada bulan November sebagai RM 0. Pengiraan tersebut adalah salah.


2. Adakah potongan peribadi yang diambil kira?

Berdasarkan langkah 2, potongan peribadi turut diambil kira.

Contoh:

  • Amin masih bujang, belum berkahwin dan tidak mempunyai anak. Beliau memperoleh gaji RM 4,000 sebulan sejak awal tahun 2016.

  • Rayzal berkahwin dengan pasangan yang tidak bekerja, dan mempunyai dua anak. Beliau juga memperoleh pendapatan bulanan sebanyak RM 4,000 sejak awal tahun 2016.

Apabila kedua-dua mereka memasukkan data ke dalam aplikasi ini,  hanya Amin akan diminta membayar PCB.

Pendapatan bercukai Amin akan dikira pada 12 * 4,000 - 9,000 (potongan peribadi) = RM 39,000 - menyebabkan Amin terletak dalam lingkungan pendapatan yang perlu membayar cukai.

Manakala, pendapatan bercukai Rayzal akan dikira sebagai 12 * 4,000 - 9,000 (potongan peribadi) - 2,000 (potongan kanak-kanak) - 2,000 (potongan kanak-kanak) - 4,000 (potongan pasangan) = RM 31,000. Dengan ini, Rayzal tidak tergolong sebagai pekerja yang perlu membayar cukai dan oleh itu PCB Rayzal akan menjadi RM 0.


3. Apakah perbezaan antara item berulang dan tidak berulang di dalam penggajian?

Pada langkah 1,  item berulang adalah perkara yang akan berlaku pada bulan-bulan seterusnya, sementara item tidak berulang adalah sebaliknya.

Contoh: Aiman memperoleh RM 4,000 sebulan dengan elaun kehadiran berulang sebanyak RM 500.

Apabila aplikasi ini menganggarkan pendapatan tahunan Aiman (dengan anggapan gaji telah mula dibayar untuk bulan Januari) ia akan dikira seperti ini: (4,000 + 500) + (4,000 + 500) * 11 = RM 54,000.

Sebaliknya, jika elaun kehadiran tidak berulang, aplikasi ini akan menganggarkan pendapatan tahunan seperti ini: (4,000 + 500) + (4,000) * 11 = RM 48,500.


4. Apa yang berlaku jika saya terlebih / terkurang membayar PCB?

Melihat pada langkah 4 pada formula - jika anda terlebih ataupun terkurang bayaran PCB,  PCB untuk bulan berikut akan diselaraskan secara automatik.

Contoh: Anne telah memulakan pekerjaan baru pada bulan Januari 2016. Beliau belum berkahwin dan tidak mempunyai anak. Dia dibayar RM 4,000 sebulan.

Ini bermakna bahawa jumlah cukai tahunannya ialah RM 1,300. Jika majikannya melakukan potongan dengan betul, PCB bulanannyaadalah 1300/12 = RM 108.35

Walau bagaimanapun, dalam bulan Januari, majikannya lupa memotong PCB dari slip gaji beliau. Ini bermakna pada bulan Februari PCB beliau akan menjadi 1300/11 = RM 118.20 kerana tidak ada pembayaran pada bulan Januari.

Angka ini sepatutnya tidak berubah dalam bulan-bulan berikutnya jika tidak ada perubahan pada gajinya, contohnya.

Untuk Mac PCB = (1300 - 118.20) / 10 = RM 118.20

Untuk April PCB = (1300 - 118.20 - 118.20) / 9 = RM 118.20


dan lain-lain.

Was this article helpful?

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support