If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Bagaimanakah cara untuk saya membayar invois?

Invois dijana selepas memproses penggajian dan akan dihantar kepada email anda. Anda juga boleh lihat di Settings > Subscription.

Di sini anda boleh memuat turun invois dengan klik pada nombor invois dan teruskan dengan pembayaran. Kami memohon invois dibayar pada masa yang sama seperti pembayaran statutori anda, iaitu sebelum 15hb setiap bulan. Kaedah pembayaran yang diterima buat masa ini adalah melalui FPX atau pemindahan bank manual.

1. Pembayaran Dalam Talian melalui FPX:

Log masuk ke PayrollPanda dan pergi ke Settings > Subscription > Pay Online. Laman baru akan dibuka di mana anda boleh memilih bank pilihan anda dan terus membuat pembayaran melalui portal bank dalam talian. Apabila bayaran telah dibuat, anda akan menerima resit invois dan status pembayaran akan dikemas kini di sistem.

2. Pemindahan Bank Manual:

Penama Akaun: Payroll Panda Sdn Bhd
Nombor Akaun: 8602810300
Nama Bank: CIMB Bank
Alamat Bank: Level 1-2 Wisma BU 8, 11 Lebuh Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Kod Swift: CIBBMYKL 

PENTING: Sentiasa sertakan nombor invois dalam deskripsi transaksi atau hantar rujukan pembayaran kepada admin@payrollpanda.my.

Sila pastikan nombor invois adalah sama dengan rujukan pembayaran ketika membuat transaksi pembayaran.


Alamat surat-menyurat kami ialah:

PayrollPanda Sdn Bhd
E2-1-1, Commercial Unit,
Bukit Utama 1, Changkat Bukit Utama PJU 6,
Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor 

NOTA PENTING: Jika anda tidak membuat pembayaran invois sebelum anda memproses penggajian seterusnya, anda tidak akan dapat menjalankan proses ini dan notis amaran yang dikeluarkan. Oleh itu, digalakkan bahawa anda membuat bayaran mengikut tempoh yang diberi untuk mengelakkan kesukaran memproses penggajian.


Ingin mengetahui bagaimana anda boleh kendali payroll dengan mudah? Jom tempah sesi demo bersama kami sekarang!

Was this article helpful?

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support