If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Apakah langkah yang perlu diambil untuk saya mengubah kelayakan cuti bagi pekerja tertentu?

Setelah anda selesai menetapkan kelayakan cuti asal (default) untuk syarikat anda, anda mungkin mahu mengubah kelayakan cuti bagi pekerja yang tertentu.

Di dalam profil pekerja, sila pergi ke tab Employment Details dan lihat pada lajur cuti di bahagian bawah skrin. 

Layangkan tetikus anda ke kotak di bawah lajur Days Entitled. Anda akan dapati ia boleh diubah, tidak seperti lajur Days Taken yang mana ia berpaut kepada kalendar cuti dan tidak boleh diubah.

Dalam contoh yang dibawah, jumlah kelayakan hari cuti tahunan pekerja yang telah ditetapkan adalah 15 hari setahun. Sekiranya pekerja memohon cuti, kedua-dua pekerja dan majikan akan menerima notifikasi jika cuti dimohon (termasuk cuti yang telah diambil) melebihi hari yang pekerja layak. Cuti tersebut masih boleh dimohon dan diluluskan jika dibenarkan syarikat; atau pengurus cuti boleh menolak permohonan cuti  itu dan meminta pekerja memohon cuti tanpa gaji bagi lebihan cuti tersebut. 

Jika anda memerlukan maklumat lanjut atau anda sedang mencari sistem payroll, hubungi kami melalui saluran Sembang Langsung di bahagian bawah halaman ini.

Was this article helpful?

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support