Bagaimanakah cara untuk mengira cuti tanpa gaji dalam sistem penggajian?

Untuk mengira secara manual cuti tanpa gaji, anda perlu pastikan yang Record Unpaid Leave in Payroll tidak ditanda di bawah Settings > Payment Settings.

1. Cara mengira cuti tanpa gaji

  1. Jumlahkan bilangan hari bekerja pada bulan semasa.

  2. Gunakan jumlah ini untuk mengira jumlah pekerja dibayar setiap hari (gaji bulanan/hari bekerja dalam bulan).

  3. Darab angka ini dengan jumlah hari cuti tanpa gaji.


2. Anda boleh memilih salah satu daripada tiga pilihan ini:

  • Jumlah hari Bekerja Tetap: Anda boleh pilih hari bekerja syarikat termasuk cuti umum.

  • Jumlah hari bekerja dalam Kalendar Bulanan Terkini: Termasuk semua hari bekerja bertanda termasuk cuti umum.

  • Semua hari dalam Kalendar Bulanan Terkini: Termasuk semua hari dalam kalendar bulanan terkini. 


Contoh:

Jim memperolehi RM 4,000 sebulan, dan mengambil 3 hari cuti tanpa gaji pada bulan Mac 2019. Berapa banyak yang perlu ditolak?

Berdasarkan langkah yang disenaraikan di atas, didapati:

  1. Terdapat 21 hari bekerja pada bulan Mac.

  2. Jim memperoleh RM 190.48 sehari (4000/21).

  3. Memandangkan Jim telah mengambil 3 hari cuti, jumlah potongannya ialah RM 571.43 (4000 * 3/21).

Was this article helpful?

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support