If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Bagaimanakah cara untuk membayar Sistem Insurans Pekerjaan (SIP)?

Perbankan Internet

PayrollPanda menjana fail pembayaran pukal untuk bank-bank tertentu supaya anda boleh membuat penyerahan dan membayar caruman dengan mudah kepada badan-badan statutori. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk: Bagaimanakah cara menjana fail penggajian untuk bank.

Jika anda membuat penyerahan dan bayaran caruman SIP anda melalui portal bank anda, anda tidak perlu lagi membuat serahan melalui Portal Assist. Caruman akan dikemaskini secara automatik dalam Portal Assist anda.


Portal Assist Perkeso

Klik Bagaimanakah cara untuk mendaftar Portal Bantuan Perkeso (Perkeso Assist Portal) untuk maklumat lanjut cara mendaftar Portal Assist Perkeso.

1. Log masuk ke Portal Assist Perkeso.

2. Klik pada My Sites dan pilih EIS - Contribution untuk menjana ECR

3. Kemudian klik pada Employer Contribution dan pilih Add Contribution (Text File)

4. Klik pada TEXT FILE, pilih EIS.txt file dan terus muat naik. Sila maklum bahawa PayrollPanda akan menjana EIS.txt file selepas anda selesai menjalankan payroll.

5. Apabila fail sudah dimuat naik, hantar fail tersebut. Anda boleh memilih untuk membuat pembayaran melalui mana-mana pilihan di bawah.

PayrollPanda juga menghasilkan fail teks gabungan SOCSO + SIP yang diperkenalkan oleh PERKESO sejak Julai 2022. Fail tersebut boleh didapati dalam fail zip payroll anda dan ia dinamakan mengikut format berikut: SOCSO_EIS_082022.txt. Fail tersebut boleh untuk dimuat naik di Portal Assist bawah Contribution > SOCSO + EIS tanpa memuat naik fail teks SOCSO dan EIS secara berasingan. 

Untuk maklumat terperinci berkenaan dengan Portal Assist, anda boleh rujuk Assist Portal User Manual


Pilihan Pembayaran SIP

1. Pembayaran FPX melalui Portal Assist Perkeso

Sila maklum bagi akaun perbankan runcit/peribadi (B2C), had minimum bagi setiap transaksi ialah RM1 sehingga RM30,000 maksima. Untuk akaun perbankan syarikat/korporat, had minimum perlulah RM2 sehingga RM 1,000,000 maksima. Had transaksi tertakluk kepada had Perbankan Internet individu.

2. Electronic Funds Transfer (EFT)

Sila hubungi Talian Khidmat Pelanggan PERKESO di 1-300-22-8000 atau hantarkan e-mel di perkeso@perkeso.gov.my untuk maklumat lanjut.

3. Cek, kiriman wang atau kiriman pos

Anda boleh menyerahkan cek, kiriman wang atau kiriman pos bagi jumlah yang dinyatakan dalam ECR. Sila pastikan cek, kiriman wang atau kiriman pos anda dibayar kepada PERTUBUHAN KESELAMATAN SOSIAL atau PERKESO dan mempunyai butiran berikut tertulis di belakang: Nama, Kod Majikan, bulan dan tahun caruman.

4. Pembayaran di Kaunter Bank

Fasiliti ini boleh didapati di Maybank, RHB Bank dan Public Bank.


Anda sedang mencari sistem payroll? Jom tempah sesi demo bersama kami.

Was this article helpful?

Download The Free Guide