Apabila pekerja meletak jawatan atau diberhentikan perkhidmatan, bayaran tertentu seperti bayaran pemberhentian, bayaran sebagai ganti notis dan bayaran cuti mungkin perlu dibayar.
Bayaran Pemberhentian
Apabila pekerja diberhentikan, mereka mungkin akan menerima bayaran pemberhentian. Bayaran Pemberhentian adalah terkecuali daripada KWSP dan SOCSO/SIP. Tambahan pula, sebarang bahagian daripada bayaran pemberhentian yang dianggap sebagai pampasan untuk kehilangan pekerjaan (berlainan dengan ganjaran yang dibayar untuk perkhidmatan lepas) akan dikecualikan sepenuhnya atau sebahagian daripada PCB seperti berikut:
Dalam PayrollPanda, anda boleh menggunakan preset item 'Severance' sekiranya bayaran pemberhentian adalah tertakluk sepenuhnya kepada PCB. Jika bayaran pemberhentian dikecualikan sebahagian atau sepenuhnya daripada PCB, sila rujuk pada artikel ini tentang bagaimana untuk anda menambah item penggajian khas di dalam sistem.
Bayaran sebagai ganti notis
Apabila pekerja diberhentikan, bayaran sebagai ganti notis dianggap sebagai pampasan bagi kehilangan pekerjaan oleh LHDN, ia juga tertakluk kepada pengecualian PCB yang sama seperti yang dinyatakan di atas. Bayaran sebagai ganti notis juga dikecualikan daripada KWSP dan SOCSO/SIP.
Bayaran Cuti
Pekerja yang menamatkan perkhidmatan mereka bersama syarikat anda boleh diberi pampasan untuk sebarang cuti tahunan yang tidak digunakan. Bagi pekerja yang dilindungi di bawah Akta Pekerjaan, gaji cuti minimum hendaklah dikira menggunakan 26 hari bekerja untuk mendapatkan kadar gaji biasa (upah* /26). Bagaimanapun, sebarang jumlah bayaran yang lebih menguntungkan pekerja berbanding bayaran cuti minimum juga boleh diterima. Jadi, untuk pekerja yang bekerja 5 hari seminggu, kebiasaannya menggunakan kiraan 22 hari bekerja (atau 21.75 iaitu 261 hari bekerja tahunan dibahagi dengan 12 bulan).
Bayaran Cuti adalah tertakluk kepada semua caruman statutori.
Dalam PayrollPanda, anda boleh menggunakan item 'Leave Pay' dan ditambahkan ke payroll anda.