If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Apa yang perlu dilakukan jika pekerja ingin berhenti kerja?

KWSP

Anda tidak perlu mengemukakan apa-apa bentuk borang khas kepada KWSP sekiranya pekerja anda berhenti kerja. Tetapi, anda perlu maklumkan kepada KWSP jika anda tidak menggaji mana-mana pekerja buat sementara waktu atau secara tetap. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk pautan KWSP ini. 


PERKESO

Untuk mengemaskini maklumat tarikh peletakan jawatan pekerja di dalam Assist Portal, sila rujuk pada halaman 72 di Assist Portal User Guide


LHDN

Anda perlu memaklumkan LHDN sekurang-kurangnya 30 hari lebih awal dengan menghantar Borang CP22A dan anda perlu menahan apa-apa pembayaran kepada pekerja berkenaan sehingga anda menerima surat kelulusan dari LHDN, dalam kes-kes berikut:

  • Pekerja tersebut akan bersara; atau

  • Pekerja tersebut akan meninggalkan Malaysia seumur hidup (dalam kes ini Borang CP21 perlu dihantar berbanding Borang CP22A); atau

  • Pekerja layak untuk PCB tetapi tiada potongan dibuat.


Jika anda gagal berbuat demikian, anda akan didakwa dan jika disabitkan, boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM 200 dan tidak lebih daripada RM 2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Anda juga perlu bertanggungjawab atas apa-apa cukai pekerja yang tertunggak.

Dalam situasi lain, sebagai contoh:

  • PCB telah ditolak dengan betul; atau

  • Gaji pekerja tidak cukup tinggi untuk membayar PCB; atau

  • Anda tahu bahawa pekerja tersebut akan bekerja di Malaysia.

Maka majikan tidak perlu memberitahu LHDN atau menahan sebarang pembayaran kepada pekerja tersebut.

Sistem payroll kami membantu anda mengira caruman statutori dengan mudah. Tempah demo sekarang.

Was this article helpful?

Download The Free Guide