If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Apa itu SOCSO?

Gambaran keseluruhan

SOCSO (Social Security Organisation), juga dikenali sebagai PERKESO (Pertubuhan Keselamatan Sosial), sebuah agensi kerajaan Malaysia yang ditubuhkan untuk menyediakan perlindungan keselamatan sosial kepada pekerja Malaysia di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja, 1969.


Fungsi SOCSO

Fungsi SOCSO adalah seperti berikut:

  1. Pendaftaran majikan dan pekerja
  2. Pemungutan sumbangan daripada majikan dan pekerja
  3. Pembayaran manfaat kepada pekerja dan / atau tanggungan mereka apabila sebarang tragedi berlaku
  4. Manfaat keperluan fizikal dan pemulihan vokasional
  5. Memberi kesedaran keselamatan dan kesihatan pekerja


Kategori

SOCSO mempunyai dua skim insurans untuk ahli-ahlinya, "Skim Kecederaan Pekerjaan" yang menyediakan perlindungan untuk kemalangan di tempat kerja, dan "Skim Keilatan" yang menyediakan perlindungan kepada pekerja yang mengalami kecacatan atau kematian disebabkan oleh sebarang punca yang tidak berkaitan dengan pekerjaan mereka.

Ahli-ahli SOCSO dibahagikan kepada dua kategori. Perbezaan antan kedua kategori ini adalah pada lindungan kepada ahlinya. Ahli kategori pertama menerima perlindungan di bawah kedua-dua skim manakala dalam kategori kedua, ahli menerima perlindungan di bawah skim pertama sahaja.

Anda boleh memilih kategori SOCSO yang relevan untuk setiap pekerja dalam PayrollPanda:

Kelayakan

Sumbangan kepada SOCSO adalah wajib bagi setiap rakyat Malaysia yang bekerja di bawah kontrak perkhidmatan atau latihan dalam sektor swasta dan/atau mana-mana pekerja kontrak atau sementara Kerajaan Persekutuan/Kerajaan Negeri serta Badan Berkanun Persekutuan/Negeri. Kadar caruman SOCSO dihadkan pada gaji RM5,000. Sebahagian pekerja tidak layak mendapat perlindungan oleh SOCSO.


Bagi pekerja bukan warganegara Malaysia yang bukan Penduduk Tetap (PR), hanya caruman majikan sahaja yang perlu dibayar di bawah Employment Injury Scheme.

Sistem payroll kami membantu anda mengira caruman statutori secara automatik dengan mudah. Tempah demo sekarang untuk maklumat lanjut.

Was this article helpful?

Download The Free Guide