If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Pembayaran gaji dan statutori melalui Maybank

Untuk menjana fail pembayaran melalui bank dan muat naik ke fail-fail tersebut ke dalam portal Maybank, anda perlu menetapkan maklumat pembayaran di dalam kedua-dua sistem PayrollPanda dan portal Maybank. Sila ikuti langkah-langkah berikut: 

1. Tetapan di dalam sistem PayrollPanda 

  1. Pergi ke Settings > Company Details > Bank Details

  2. Tekan pada Add Bank Account, dan pilih Maybank

  3. Sila pilih Account Type, sama ada Maybank2U atau Maybank2E.

  4. Masukkan maklumat yang diperlukan untuk Account Holder's Name dan Account Number.

Sebelum memproses payroll anda, sila pastikan maklumat akaun bank pekerja anda telah dimasukkan ke dalam sistem PayrollPanda: 

  1. Sila pergi ke Employees > pilih Employee > Personal Info

  2. Untuk medan Preferred Method of Payment, pilih “Bank Transfer

  3. Untuk medan Bank Details > tekan Add Bank Account

  4. Masukkan maklumat akaun bank pekerja di ruangan Bank Details


Tarikh Kredit (Crediting Date) diperlukan sebagai langkah terakhir untuk menetapkan butiran pembayaran dalam sistem. Pada Step 3 Run Payroll, anda perlu memilih tarikh pembayaran yang akan ditolak dari akaun bank anda. Oleh itu, tarikh pengkreditan tidak boleh ditetapkan pada tarikh yang telah berlalu.


2. Tetapan di dalam portal bank Maybank

Maybank mempunyai dua jenis akaun iaitu Maybank2E dan Maybank2u:

1. Maybank2E memerlukan maklumat berikut:

  • Organization code: Nombor ini diberikan oleh pihak bank, ia juga digunakan untuk log masuk ke dalam portal Maybank. Pelanggan Autopay yang sedia ada menggunakan kod yang sama.

  • File Format: Sila pastikan anda memilih pada Product: Staff Payroll dan File Format: MY PAY PIPE V4 untuk payroll dan untuk statutori pula, sila pilih MY STAT BODY PIPE semasa memuat naik fail pembayaran anda. 

    


Bagi pertama kali memuat naik fail statutori kami, sila pastikan nombor rujukan majikan anda didaftarkan di bank. Sila daftar masuk ke dalam akaun Maybank2E dan pergi ke Administration > Statutory Body > Corporate Statutory Enrollment. Nama majikan dan nombor rujukan akan tertera sekiranya telah berdaftar. Sila hubungi pihak bank jika tiada sebarang maklumat dipaparkan atau jika anda pengguna kali pertama.

2. Maybank2u menawarkan 2 kaedah pilihan untuk pembayaran gaji secara pukal:  

Kaedah 1

Maybank2u Biz (menggunakan Bulk Payment by File Upload):

  • Daftar masuk ke portal Maybank2u Biz dan teruskan mendaftar untuk Bulk Payment by File Upload dengan pergi ke Bulk Payment > Registration > Bulk Payment by File Upload.

  • Setelah berdaftar, anda akan menerima kod pengaktifan dalam tempoh 2 hari bekerja menerusi emel. Sila ambil perhatian bahawa hanya Checker dibenarkan mendaftar untuk perkhidmatan ini bagi pendaftaran sekali sahaja.

  • Video pendek ini akan membawa anda melalui proses pendaftaran Bulk Payment by File Upload:


  • Setelah berdaftar, Maker boleh memuatnaik fail BatchPayment - Payroll CSV yang dihasilkan oleh PayrollPanda. Sila maklum bahawa anda boleh memasukkan '00000' sebagai Originator ID di Settings > Company Details > Bank Details dalam sistem sebelum menghasilkan fail bank kerana Originator ID hanya diperlukan oleh pengguna Maybank Autocredit Software (MAS).

  • Checker akan menerima SMS sekiranya fail telah diterima oleh pihak Bank dan perlu menunggu 30 - 60 minit sebelum bank meluluskan penyerahan yang dilakukan dari masa fail tersebut dimuat naik oleh Maker.

  • Video ini akan menunjukkan semua langkah untuk Maker dan Checker  memulakan dan meluluskan pembayaran gaji pukal.


Kaedah 2

Maybank2u Biz MAS (menggunakan Maybank Autocredit Software):

  • Pergi ke cawangan Maybank berdekatan untuk mohon Maybank Autocredit Software (MAS).

  • Jurutera Maybank akan menetapkan janji temu untuk mengunjungi pejabat anda dan memasang perisian MAS. Proses ini akan mengambil masa sekitar 2-3 hari bekerja. 

  • Setelah perisian dipasang, anda perlu memasukkan Originator ID ke dalam sistem sebagai sebahagian daripada peraturan MAS bagi tujuan memuat naik fail bank. Originator ID tersebut mempunyai 5 digit angka tanpa sebarang huruf serta aksara khas. Anda boleh menghubungi cawangan Maybank untuk mendapatkan ID tersebut.

  • Anda boleh memuat naik fail txt BatchPayment-Payroll MAS yang dihasilkan oleh PayrollPanda. Anda hanya perlu memuat naik fail dan klik Proceed, kemudian fail baru akan dihasilkan yang mana ia boleh dimuat naik ke portal Maybank2u Biz. 


Proses payroll kini lebih mudah bersama PayrollPanda. Hubungi kami untuk tempahan demo sekarang.


Was this article helpful?

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support