If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Pakej Rangsangan Ekonomi 2020: Cara-cara Untuk Mengekalkan Jumlah Caruman KWSP Pekerja 11%

Merujuk kepada Pakej Rangsangan Ekonomi 2020, kerajaan Malaysia telah mengumumkan bahawa jumlah caruman KWSP pekerja akan diturunkan daripada 11% kepada 7%.


Bagaimana perubahan ini memberi kesan kepada penggajian bulanan?

Perubahan ini akan berkuatkuasa pada penggajian bulan April 2020 (caruman Mei 2020) sehingga penggajian bulan Disember 2020 (caruman Januari 2021). Sumbangan berdasarkan kadar baru ini akan mengikuti Jadual Ketiga dalam Akta KWSP 1991.

Sila ambil perhatian bahawa kadar baru ini hanya akan dikenakan kepada mereka yang berumur bawah 60 tahun yang bertanggungjawab untuk caruman. Kadar caruman KWSP bagi pekerja berumur 60 tahun ke atas akan kekal dan tidak berubah.


Cara-cara untuk mengekalkan caruman kepada 11%.

Sekiranya pekerja anda ingin mengekalkan caruman KWSP mereka kepada 11%, majikan hendaklah mengikuti langkah-langkah di bawah:

Langkah 1: Lengkapkan Borang KWSP 17A (Khas 2020) dengan butiran dan tandatangan pekerja yang ingin mengekalkan kadar caruman mereka.

Langkah 2: Hantar borang yang lengkap ke cawangan KWSP yang terdekat atau emailkan kepada ve2020@epf.gov.my. Untuk email, sila sertakan “VE2020” di dalam subjek email untuk penerimaan dan pemprosesan. 

Langkah 3: Borang itu akan berkuatkuasa untuk gaji bulan selepas ia dikemukakan dihantar kepada KWSP


Nota Penting: PayrollPanda secara automatik akan mengemas kini semua kadar caruman pekerja yang layak kepada 7% bermula dari gaji April 2020. Jika mana-mana pekerja anda ingin mengekalkan kadar caruman yang lama, sila tukar kadar kepada 11% di bawah maklumat Statutory Requirement pekerja selepas majikan menghantar borang tersebut.

Was this article helpful?

Download The Free Guide