If you are a PayrollPanda Core customer, visit payrollpanda.my/help to explore our all-new Help Center.

Bagaimana untuk mengemukakan borang E 2022 anda dalam talian menggunakan pilihan e-mel CP8D


1. Log masuk ke MyTax menggunakan nombor Kad Pengenalan atau pasport yang dimasukkan dalam borang pemohonan semasa anda mendaftarkan syarikat anda sebagai majikan dengan LHDN. Kemudian, klik pada ezHasil Services (di bahagian atas kiri) > e-Filing. 


2. Pilih e-Borang pada halaman e-Filing.




3. Pilih 2022 di bawah e-E.




4. Sila isikan maklumat syarikat anda di bawah halaman Profil Majikan. Sila pilih Melalui e-mel kepada CP8D@hasil.gov.my untuk Cara Pengemukaan C.P.8D. Sila maklum bahawa anda perlu menghantar e-mel fail excel CP8D menggunakan alamat e-mel yang sama seperti yang anda masukkan dalam medan E-mel (medan di atas Cara Pengemukaan C.P.8D). 



5. Isikan maklumat mengenai bilangan pekerja bagi tahun 2022. Anda boleh mendapatkan maklumat tersebut dalam borang E pdf yang dijana oleh PayrollPanda. Kemudian, sila klik Seterusnya.




6. Akhir sekali, masukkan Jawatan pegawai dan klik Tandatangan & Hantar. Anda akan dikehendaki memasukkan nombor Kad Pengenalan atau pasport log masuk dan kata laluan untuk menandatangani borang ini. Anda juga boleh mencetak borang dan resi pengemukaan tersebut.




7. E-melkan fail excel CP8D yang dijana oleh PayrollPanda ke CP8D@hasil.gov.my menggunakan alamat e-mel yang sama dengan alamat e-mel syarikat yang anda masukkan pada halaman Profil Majikan semasa pengemukaan borang E. 



Hadapi kesukaran dalam memproses payroll? Kami sedia membantu. Tempah demo bersama kami sekarang.


Was this article helpful?

Download The Free Guide