Pembayaran melalui Maybank

Untuk menjana fail pembayaran melalui bank dan muat naik ke fail-fail tersebut ke dalam portal Maybank, anda perlu menetapkan maklumat pembayaran di dalam kedua-dua sistem PayrollPanda dan portal Maybank. Sila ikuti langkah-langkah berikut: 

1. Tetapan di dalam sistem PayrollPanda 

  1. Pergi ke Settings > Company Details > Bank Details

  2. Tekan pada Add Bank Account, dan pilih Maybank

  3. Sila pilih Account Type, sama ada Maybank2U atau Maybank2E.

  4. Masukkan maklumat yang diperlukan untuk Account Holder's Name dan Account Number.

Sebelum memproses payroll anda, sila pastikan maklumat akaun bank pekerja anda telah dimasukkan ke dalam sistem PayrollPanda: 

  1. Sila pergi ke Employees > pilih Employee > Personal Info

  2. Untuk medan Preferred Method of Payment, pilih “Bank Transfer

  3. Untuk medan Bank Details > tekan Add Bank Account

  4. Masukkan maklumat akaun bank pekerja di ruangan Bank Details


Tarikh Kredit (Crediting Date) diperlukan sebagai langkah terakhir untuk menetapkan butiran pembayaran dalam aplikasi. Pada Step 3 Run Payroll, anda perlu memilih tarikh pembayaran yang akan ditolak dari akaun bank anda. Oleh itu, tarikh pengkreditan tidak boleh ditetapkan pada tarikh yang telah berlalu.


2. Tetapan di dalam portal bank Maybank

Maybank mempunyai dua jenis akaun iaitu Maybank2E dan Maybank2u:

1. Maybank2E memerlukan maklumat berikut:

  • Organization code: Nombor ini diberikan oleh pihak bank, ia juga digunakan untuk log masuk ke dalam portal Maybank. Pelanggan Autopay yang sedia ada menggunakan kod yang sama.

  • File Format: Sila pastikan anda memilih pada Product: Staff Payroll dan File Format: MY PAY PIPE V4 untuk payroll dan untuk statutori pula, sila pilih MY STAT BODY PIPE semasa memuat naik fail pembayaran anda. 

    


Bagi pertama kali memuat naik fail statutori kami, sila pastikan nombor rujukan majikan anda didaftarkan di bank. Sila daftar masuk ke dalam akaun Maybank2E dan pergi ke Administration > Statutory Body > Corporate Statutory Enrollment. Nama majikan dan nombor rujukan akan tertera sekiranya telah berdaftar. Sila hubungi pihak bank jika tiada sebarang maklumat dipaparkan atau jika anda pengguna kali pertama.

2. Maybank2u mempunyai dua jenis akaun: Maybank2u Biz dan Maybank2u Standard Account. Dibawah akaun-akaun ini terdapat dua kaedah pembayaran: 


Kaedah Pembayaran 1

Menggunakan Maybank Autocredit Software (untuk pengguna Maybank2u Biz sahaja):

  • Pergi ke cawangan Maybank berdekatan untuk mohon Maybank Autocredit Software (MAS).

  • Jurutera Maybank akan membuat janji temu untuk mengunjungi pejabat anda dan memasang perisian MAS. Proses ini akan mengambil masa sekitar 2-3 hari bekerja. 

  • Setelah perisian dipasang, anda boleh memuat naik fail txt Batch Payment yang dihasilkan oleh aplikasi PayrollPanda. Anda boleh memuat naik fail dengan hanya klik Proceed dan fail baru akan dihasilkan yang mana ia boleh dimuat naik ke Maybank2u. 

Kaedah Pembayaran 2

Pengisian secara manual (terpakai oleh pengguna Maybank2u Biz dan Maybank2u Standard Account):

  • Daftar masuk ke Maybank2u dan muat turun fail CSV. 

  • Masukkan kesemua maklumat penggajian secara manual dan muat naik fail tersebut semula.




Was this article helpful?

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support