Pembayaran melalui bank RHB

Untuk menjana fail pembayaran melalui bank dan muat naik ke fail-fail tersebut ke dalam portal bank RHB, anda perlu menetapkan maklumat pembayaran di dalam kedua-dua sistem PayrollPanda dan portal bank RHB. Sila ikuti langkah-langkah berikut:

1. Tetapan di dalam sistem PayrollPanda 

  1. Pergi ke Settings > Company Details > Bank Details

  2. Tekan pada Add Bank Account, dan pilih RHB Bank Berhad

  3. Masukkan maklumat yang diperlukan untuk Corporate ID, Account Holder's Name, Account Number dan Payment/Transaction Type. 


Sebelum memproses payroll anda, sila pastikan maklumat akaun bank pekerja anda telah dimasukkan ke dalam sistem PayrollPanda: 

  1. Sila pergi ke Employees > pilih pekerja > Personal Info

  2. Untuk medan Preferred Method of Payment, pilih “Bank Transfer

  3. Untuk medan Bank Details > tekan Add Bank Account

  4. Masukkan maklumat akaun bank pekerja di ruangan Bank Details


 

Tarikh Kredit (Crediting Date) diperlukan sebagai langkah terakhir untuk menetapkan butiran pembayaran dalam aplikasi. Pada Step 3 Run Payroll, anda perlu memilih tarikh pembayaran yang akan ditolak dari akaun bank anda. Oleh itu, tarikh pengkreditan tidak boleh ditetapkan pada tarikh yang telah berlalu.


2. Tetapan di portal RHB Bank 

Untuk memuat naik fail pembayaran pukal yang dijana secara automatik, anda perlu mengaktifkan pilihan Bulk Pay yang tersedia untuk akaun RHB Premium Reflex.

  • Corporate ID: Enam digit angka yang disediakan oleh pihak bank.

  • Payment/Transaction Type: Pilih Rentas atau IBG.

  • Pengguna juga dikehendaki memiliki Bulk Pay Module, yang disediakan oleh RHB Bank > Reflex Support.

Untuk fail-fail Badan Statutori, sila gunakan Statutory Payment > EPF/SOCSO/LHDN  untuk memuat naik fail pembayaran.

Untuk fail penggajian, sila gunakan Bulk Pay untuk memuat naik fail tersebut dan memproses pembayaran.

Nota: Bulk Pay Module hanya akan tersedia di atas permintaan pelanggan, dan kemungkinan ia mengambil masa sehingga 5 hari bekerja untuk memperolehnya. Oleh itu, kami menggalakkan anda untuk membuat permintaan tersebut terlebih dahulu daripada bank RHB sebelum memuat naik fail pembayaran (untuk maklumat lanjut klik di sini).


Untuk penyerahan kali pertama KWSP dan PERKESO, anda dikehendaki memuat naik fail ujian untuk pengesahan sebelum pembayaran sebenar. Anda boleh menggunakan fail bank sebenar untuk KWSP dan PERKESO yang dijana oleh PayrollPanda untuk diserahkan sebagai fail ujian.

Sila maklum bahawa proses pengesahan pendaftaran KWSP dan PERKESO akan mengambil masa lebih kurang 14 hari. Anda boleh teruskan memuat naik fail pembayaran sebenar selepas menerima pengesahan daripada KWSP dan PERKESO. Anda akan menerima keputusan pengesahan melalui notis yang dihantar oleh KWSP/PERKESO. Sekiranya anda tidak menerima sebarang notis, anda boleh membuat semakan status di skrin muat naik Reflex KWSP/PERKESO anda - nombor KWSP/PERKESO majikan akan bertukar status sebagai (LIVE) dan bukannya (TEST).

Was this article helpful?

Can’t find what you’re looking for?

Our award-winning customer care team is here for you.

Contact Support